Saturday, August 07, 2004

fillah

uhibbuki fillah..ahabbakallah lima ahbabtani iyyahu..
ENTRY TERISTIMEWA BUAT KAKAK TERSAYANG...
Buat kakak tersayang.. kata-kata ini ikhlas lahir dari lubuk hatiku yg terdalam.. walaupun kakak bakal tinggalkan kami semua di sini.. namun itu yg terbaik telah ALLAH suratkan buat kami.. pahit untuk kami telan hakikat ini, tapi kami sedar siapalah diri kami untuk bersedih atas ketentuan DIA.. kerana sesungguhnya DIA lebih tahu apa yg terbaik buat kita, hambaNYA yg hina.. Kakak, terima kasih atas segala ilmu yg dikongsi dan atas ukhuwah yg terbina.. terima kasih kerana memudahkan laluan kami dalam pencarian kami mencari hakikat diri.. kami dulu meraba-raba dalam gelap.. dengan huluran tanganmu dan belaian kasihmu, kami kini mampu merangkak, belajar bertatih ke arah cahaya-NYA.. Kakak, kami berdoa kepadaNYA agar hati-hati kita sentiasa bertaut dgn tautanNYA.. kami berdoa agar kita akan selalu tabah hati dalam menyusuri jalanNYA.. kami berdoa agar kita tidak takut juga tidak sedih atas apa yg telah tersurat buat kita.. sesungguhnya tiada yg terbaik melainkan ketentuan DIA.. Kakak, walau zahirmu bakal tiada di sisi kami lagi.. walau kita tidak dapat lagi bertemu seperti dahulu.. namun doa dan ingatan kita akan sentiasa bertemu.. kakak, bingkiskanlah ingatanmu buat kami dalam tiap kali doa rabitahmu.. kakak, kami redha dgn takdirNYA bahawa kakak akan pergi.. walau kami akan saban kali menangis, tapi tangisan itu bukan tanda putus asa kami.. sebaliknya tangisan itu tanda syukur kerana telah dipertemukan kami seorang insan yg tidak pernah lelah membimbing kami.. tidak pernah putus senyumannya lewat pertemuan-pertemuan kita dahulu.. tidak pernah longgar eratan dakapannya.. tangisan itu bukan bererti kami tidak redha atas pertemuan dan perpisahan kita.. kerana kami yakin "Kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita...
" Ya Rabbuna, syukur kami atas pertemuan ini..
PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA
Suara Hati
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home