Sunday, August 01, 2004

ADH-DHUHA

Sebagai seorang muslim kita kena meyakini bahawa Al-Quran di turunkan kepada kita dan ditujukan kepada kita. Dalam surah ini, Allah telah menggunakan perkataan engkau (Rasulullah). Tapi sebenarnya bila kita bertadabbur dengan al-quran kita harus menganggap ayat2 di dalam surah Adh-Dhuha ini ditujukan kepada kita.

Kisah di sebalik surah Adh-Dhuha ini adalah pangajaran utk kita dalam menegakkan kalimah LAILAHAILALLAH di muka bumi ini.

Sebelum ayat ini diturunkan, wahyu diturunkan berterusan dari Allah kepada Rasululah. Wahyu dari Allah adalah ibarat satu ‘hubungan’ kasih sayang yang akrab antara Rasulullah dan Allah. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah penghubung antara langit dan bumi. Wahyu tersebut ibarat hadiah atau ingatan istimewa Allah kepada Rasululllah. Ibarat sms dari suami atau ibu yang di sayangi, seperti itulah perasaan baginda bila menerima wahyu dari Allah S.W.T

Bayangkan satu masa kita tak mendapat sebarang berita daripada org yang di sayangi. Pasti hati ini akan keluh kesah menanti2 berita dari org yang di sayangi tersebut. Itulah yang terjadi kepada Rasulullah bilamana Allah memutuskan penurunan wahyu buat seketika. Lalu org musyrikin mula melancarkan kempen yang Muhammad telah di tinggalkan oleh Allah. Tuhan Muhammad telah meninggalkannya.

Hubungan dengan Allah adalah bekalan dan kekuatan kita dalam mengharungi jalan dakwah.
Rasulullah mendapat kekuatan utk mengharungi jalan yang berliku ini dengan wahyu dari Allah. Wahyu Allah menghubungkan langit dan bumi. Wahyu-wahyu dari Allah menjadi motivasi kepada Rasulullah dalam menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Tiba-tiba Allah putuskan penurunan wahyu utk menguji nabi. Ujian batin yang maha hebat ibarat terputusnya ikatan kekasih dengan kekasihnya kerana tempat mengadu Rasulullah adalah Allah yang satu.

Ayat 1 dan 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وَالضُّحَى1

Demi waktu dhuha

وَاللَّيْلِ إِذَاسَجَى2

dan demi malam apabila ia telah sunyi

Dimulakan dengan sumpah Allah;

Demi waktu dhuha dan demi waktu malam. Dalam sesuatu sumpah, bukannya sumpah itu yang penting tapi apa yang selepas sumpah itu yang penting. Bila Allah bersumpah dalam dua ayat yang pertama, jelas ayat2 yang seterusnya adalah amat penting!

Ayat 3

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى3

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu.

Allah tidak akan meninggalkan kita kerana Allah adalah Tuhan kita dan kita adalah hambaNya yang berhubung terus denganNya kerna Dialah penjaga dan pelindung kita yang sebenar. Ditambah lagi dgn balasan Allah di akhirat kelak adalah lebih baik daripada balasan di dunia.

Ayat 4

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَالْأُولَى4

Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik dari permulaan.

Ada pelbagai tafsiran utk ayat ini. Ada yang mengatakan bahwa kehidupan akhirat itu lebih baik daripada kehidupan dunia. Dan yang kedua adalah akhir perjuangan adalah lebih baik daripada permulaan perjuangan. Perjuangan apa? Perjuangan utk menegakkan Islam di muka bumi ini. Surah in di turunkan dalam tahun 3 atau 4 di Mekah di mana serangan daripada kaum musyrikin sangat hebat.

Ayat inilah yang memotivasikan Rasulullah. Allah menjanjikan kemenangan di akhir perjuangan baginda. Begitu juga dengan kita, kita harus meyakini yang kemenangan islam akan datang. Itu janji Allah.

Ayat 5

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى5

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu (hati) kamu mejadi puas.

Ayat ini juga memotivasikan Rasulullah dengan menjanjikan limpah kurniaNya. Limpah kurnia yang akan membenihkan keREDHAan hakiki. Keredhaan di mana terikatnya kemenangan Islam di akhir perjuangan. Inilah kepuasan Rasulullah, kepuasan kita; daie.

Teringat akan kegembiraan Rasulullh yang sebenar sebelum kewafatannya apabila baginda menoleh keluar dari tingkap bilik baginda, Rasulullah melihat Saidina Abu Bakar sedang mengimamkan umat Islam..Itulah kegembiraan baginda yang sebenar kemenangan di tangan umat Islam dan janji Allah dalam surah ini adalah benar.

Ayat 6

أَلَمْ يَجِدْكَيَتِيمًا فَآوَى6

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorg yatim lalu Dia melindungi mu.

Ayat 7

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى7

Dan Dia mendapatimu sebagai seorg yang tiada pedoman, lalu Dia berikan petunjuk.

Ayat 8

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى8

Dan dia mendapatimu sebagai seorg yang miskin, lalu ia memberi kekayaan kepadamu.

Ayat 9

9 فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
Adapun terhadap anak yatim, jangalah kamu berlaku sewenang-wenangnya.

Ayat 10

10وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ

Dan terhadap orang yang meminta-minta janganlah kamu mengherdiknya.

Ayat 11

11وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Dan terhadap nimat TuhanMu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home