Monday, July 19, 2004

kemenangan dan kekuatan

Alhamdulillah..tangan ini kembali menekan papan kekunci utk mencoretkan sesuatu yang manfaat buat peringatan diri yang lemah ini dan peringatan utk pembaca yg sering mengunjungi blog ana yang tak seberapa ini..Ana menyepi utk mencari kekuatan dan membuat  perancangan
kerana hal ini adalah bekal dan persiapan utk perjuangan ana.. Moga usaha kecil ini membawa keberkatan utk Islam dan dakwah..ameen :)
 
َّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
 
"Sesungguhnya Kami tetap menolong rasul-rasul kami dan org2 yang beriman di dlm kehidupan dunia dan pada hari (Hari Qiamat di mana) berdirinya para saksi." (Ghaafir:51)
 
 يَوْمَ لَا يَنفَعُ الظَّالِمِينَ مَعْذِرَتُهُمْ وَلَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ
 
"Iaitu hari yang tidak berguna kpd org2 yang zalim (kafir) permohonan maaf dari mereka dan mereka akan memperolehi laknat dan akan mendapat tempat kediaman yang amat dasyat." (Surah Ghaafir:52)
 
Sebagai seorg muslim, kita punya dua kemenangan..kemenangan di akhirat dan kemenangan di dunia. kemenangan di akhirat hanya akan di perolehi sekiranya kita memperolehi kemenangan di dunia..Tapi bagaimana sebenarnya kemenangan di dunia itu? Kemenangan di dunia hanya milik org-org yang berjuang menegakkan aqidah..mereka inilah yang bakal menang di akhirat kelak ..
 
Moga kita tergolong dalam golongan mereka2 yang menang di akhirat kelak..teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorg ustaz..kesah seorang hamba Allah yang telah beribadat selama 500 tahun di dunia dan dia telah meminta Allah utk menghisab amalannya..Setelah amalan itu di hisab, ianya hanya mampu menyelamatkan sebelah mata nya sahaja dari api neraka..ya Allah..Apa pula nasib kita kelak..yang jangka hayat tak sampai 63 tahun (kalau ikut hayat Rasulullah)
 
Di akhirat kelak akan ada dua golongan manusia..Golongan yang pertama adalah golongan yang di hisab amalannya sebelum masuk ke syurga dan golongan yang kedua adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab..golongan ini masuk syurga dgn rahmat Allah..
 
Memandangkan jangka hayat umat akhir zaman (kitalah tu) tak sampai 100 tahun pun..jika kita golongan yang pertama..amalan kita tak mampu pun nak menyelamatkan sebelah mata kita pun dari api neraka..apa maknanya tu? Maknanya kita kena berusaha sedaya upaya utk bersama2 dgn gerombolan yang kedua..Siapa mereka? Golongan yang masuk syurga tanpa hisab adalah mereka yang menegakkan kalimah Allah..Menegakkan Islam dgn menjalankan tanggungjawab dakwah..Golongan kedua adalah mereka yang tidak berdiam diri tapi sebaliknya menjadi pelita utk menerangi org lain ..
 
Golongan kedua adalah mereka yang sanggup membakar diri menjadi pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya.
Yang bergiat cergas demi agamanya dan mereka yang tidak bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah utk menyampaikan dan menegakkan Islam di bumi Allah.itu tanggungjawab kita!
 
Kemenangan di dunia adalah benar. Janji Allah adalah benar..Allah telah menjanjikan kemenangan utk kita..
 
إِنَّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
 
"Sesungguhnya kami tetap menolong rasul-rasul Kami dan org2 yang beriman di dalam kehidupan di dunia" (40:51)
 
Sekiranya kita ingin menyertai gerombolan kedua yang memasuki syurga dgn rahmat Allah hendaklah kita menjadi pejuang yang menegakkan aqidah!
 
Jiwa manusia lemah dan sering kecundang dgn bisikan syaitan. Mereka yang tidak yakin dgn janji Allah adalah mereka yang kecundang..Bila mereka lihat rasul2 yang di bunuh dan terpaksa berhijrah meninggalkan kempung halaman dan keluarganya di tindas dan mukmin yang hidup di tindas..Mereka tidak meyakini janji Allah walhal janji Allah adalah benar!
 
Itulah kelemahan manusia...manusia yang lemah menilai kemenangan dgn bentuk lahiriah dalam ruang masa yang pendek..Sebenarnya bukan kemenangan lahiriyah yang kita kejar.. Tetapi kemenangan hakiki adalah pasti..
 
Ukuran dan penilaian yang sempurna adalah penilaian yang meletakkan satu2 persoalan itu dalam ruang zaman dan tempat yang luas..Sebagai pejuang yang ingin menegakkan aqidah islam kita harus melihat persoalan aqidah dalam ruang lingkup yang lebih luas sudah tentu kita akan melihat perjuangan aqidah itu mendapat kemenangan tanpa sebarang rasa ragu2. Kenapa kerna kita ingin menegakkan kalimah lailahaillallah di dunia ini dgn apa cara sekalipun walaupun kita syahid di jalan ini asalkan kalimah Allah tertegak di muka bumi ini..
 
ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PIMPINAN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI DAN MATI DI JALAN ALLAH ITU SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI.. TAKBIR!!...ALLAHUAKBAR

Inilah kemenaangan itu.. 
  
Manusia selalu membatasi erti kemenangan dalam ruang lingkup yang kecil..adakah kejayaan demi kejayaan yang kita perolehi dalam hidup ini merupakan kemenangan? atau kekalahan kita dalam mencapai sesuatu yang kita cita-citakan merupakan satu kemenangan yang pasti?Dan adakah kekalahan itu sebenarnya satu kemenangan yang kita tidak sedari? Fikirkan..kemenangan apa dan yang mana satu kita kejar dan dambakan..adakah kemenangan hakiki sebgai hamba Allah yang mengejar redha Allah dalam menegakkan aqidah Islam atau hanya sebagai manusia yang bahagia dan gembira dgn kemenangan palsu yang sebnarnya adalah ujian dari Allah yang maha Esa..wallahuallam..
 
Kadang2 tanpa sedar kemenangan itu datang dalam bentuk kekalahan ..Contohnya Nabi Ibrahim pernah di campak di dalam api tapi dia tetap tidak berganjak dari aqidah dan dakwahnya..Adakah dia dikira menang atau kalah??Tidak syak lagi dia telah mencapai kemuncak kemenangan bilamana dia tetap teguh di jalan ini..jalan menegakkan aqidah..Dan kemenangan yang kedua bila dia selamat dari jilatan api itu. dua kemenangan yang berbeza tpi sebenarnya amat dekat..
 
Begitu juga dgn mereka2 yang syahid di jalan Allah..Walaupun secara lahiriyahnya mereka syahid dan tidak memberi kemenangan pada Islam pada ketika itu tapi pada hakikat yang sempurna dan paling agung mereka telah menang dan tergolong dalam golongan yang kedua dan berada dalam rahmat Allah ..Syurga Firdaus menanti mereka..Moga kita tergolong dalam golongan itu..ameen.. Telah berapa ramai org yang gugur syahid sedangkan ia tidak dapat memberi kemenangan kepada aqidah dan dakwahnya walaupun di hidup seribu tahun sebagaimana ia mendapat kemenangan aqidah dan dakwahnya dgn kematian syahidnya..Tapi sebenarnya mereka telah menang..menang di jalan Allah..
 
oleh itu apakah neraca kemenangan kita? Neraca kemenangan kita adlh neraca Allah kerana neraca Allah adalah yang maha Adil.
 
 وَالسَّمَاء رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
 
"Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)" (Ar-Rahmaan:7)
 
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
 
"Supaya kamu jgn melampaui batas tentang neraca itu."(55:8)
 
 وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
 
"Dan tegakkanlah timbangan itu dgn adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu"(55:9)
 
Jelas janji Allah adalah benar. kemenangan dalam neraca pejuang yang menegakkan aqidahnya..
 
Perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan aqidah adalah contoh dan module kita..Nabi Muhammad telah mencapai kemenangan dalam hayatnya agar menjadi contoh kepada umat Islam selepasnya..Kemenangan ini adalah dgn tujuan kita menegakkan aqidah Islam dengan hakikatnya yang sempurna di muka bumi ini, ini kerana aqidah Islamiyah ini tidak akan mencapai kesempurnaannya melainkan apabila ia dapat menguasai seluruh kehidupan masyarakat manusia dan kegiatannya mulai dari hati individu hingga kepada kerajaan yang memerintah..
 
Allah telah menetapkan agar Rasulullah memperolehi kemenangan dalam hayatnya supaya sunnahnya menjadi contoh perjuangan kita dalam menegakkan aqidah seperti yang pernah Rasulullah lakukan..Di sinilah titik pertemuan antara dua kemenangan yang jauh tapi punya persamaan dan matlamatnya..
 
Setelah kita meyakini akan kebenaran janji Allah kpd Rasul-rasulNya dan kepada org yang beriman tetapi hakikat keimanan yang sebenar harus dulu wujud dalam hati2 yang ingin menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini..HAKIKAT KEIMANAN inilah yang sering tidak di beri perhatian oleh manusia..hakikat ini tidak mungkin wujud melainkan apabila hati seseorg itu bersih dari segala bentuk syirik. Hati manusia tidak akan terlepas dari syirik khafi (halus) ini melainkan apabila dia bertawajjuh dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, melainkan apabila dia tenang dan tenteram terhadap qadha dan taqdir Allah terhadapnya dan melainkan apabila dia merasa bahawa Allah sahajalah yang mengendalikan dan dia tidak mempunyai pilihan yang lain dari pilihan Allah dan menerima pilihan Allah itu dgn tenang, yakin, redha dan puas hati. dan apabila seseorg itu sampai kpd  darjat keimanan yang sebegini dia tidak akan mendahului Allah malah dia tidak akan mencadangkan kepada Allah satu bentuk kemenangan dan kebajikan utk dirinya..(MasyaAllah..moga aku mampu begitu..ameen) Malah dia akan menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan akan menerima segala bencana yang menimpanya sebagai nikmat kebajikan..Itulah satu daripada  konsep2 kemenangan, iaitu kemenangan di atas kepentingan diri dan hawa nafsu dan itulah kemenangan dalaman dan tanpa kemenangan ini, kemenangan lahir tidak kan tercapai sama sekali.... 
 
Di sini datanglah ayat yang mengarahkan rasulullah S.A.W dan org-org yang beriman yang sedang tertindas di Mekah dan kepada semua umat yang datang selepas mereka dan menghadapi situasi yang sama;

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
 
"Oleh itu bersabarlah sesungguhnya janji Allah itu benar dan pohonlah keampunan terhadap dosamu dan bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang"(Ghaafir:55)
 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home