Kehidupan Perantau
kesenangan yg datang tak akan selamanya,begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas mlm datangnya siang,
oleh itu waktu senang jgn lupa daratan,
gunakan kesempatan utk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti,
tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..
jgn di fikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasannya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu,
pasti cerah kembali,
ujian adalah tarbiyah dari Allah,
apa kah kita kan sabar,
ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang,
selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari tuhan...
Buat Perantau (ikhwah dan akhawat di bumi OZ)
Perantau musafir perjuangan,
Tabahkanlah hatimu,
Berjuang di rantau org,
Sedih pilu hanya engkau yang tahu,
Ingatan pada ukhwah fillah,
Jgnlah menghiris hatimu,
Kerinduan bumi tarbiyah nan permai,
jgnlah melemahkan semangat juangmu,
Di waktu ujian badai terus melanda,
engkau tetap gigih berjuang,
membenarkan sabda junjungan,
terus memburu menuntut janji,
pastilah islam gemilang lagi,
tapi pejuang kembara perjuangan,
ujian bukan batu penghalang,
kerana itulah syarat dalam berjuang,
oh pejuang..
di mana pun ada ketenangan,
di mana pun ada kebahagiaan,
bila insan kenal pada tuhan,
kasih sayang dan pembelaannya,
bagi insan yg menyerahkan,
jiwa dan raga kepada Allah,
Perantau musafir perjuangan,
Tabahkanlah hatimu,
Berjuang di rantau org,
Sedih pilu hanya engkau yang tahu....
p/s Moga tabah hati tak berbelah bagi!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home