Al-Fatihah:1
1 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ"Dengan nama Allah yang maha penyayang dan maha pengasih"
Ada perbezaan pendapat tentang Bismilah..mengatakan bahawa ianya bukan satu ayat daripada al-fatihah. Tapi pendapat yang terkuat bahawa is adalah satu daripada surah al-fatihah adalah iaitu berdasarkan ayat di bawah:
87 وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ
"Sesungguhnya Kami telah kurniakan kapadamu tujuh ayat dari dari ayat-ayat yang diulang2 bacaannya dan Al-Quran yang agung."(15:87)
Yang dimaksudkan dgn tujuh ayat itu adalah SURAH AL-FATIHAH.
Apa yang ingin di gambarkan daripada ayat ini adalah memulakan sesuatu dgn "nama Allah" adalah satu adab cara yang di wahyukan oleh Allah kepada rasullNya dlm ayat pertama yg diturunkan kepada Rasulullah iaitu:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيخَلَقَ
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."(Al-Alaq:1)
Adab utk memulakan sesuatu pekerjaan ataupun majlis dengan nama Allah adalah satu adab yang bersifat menganggap Allah adalah yang maha awal dan yang maha akhir. Kita mendapat kewujudan kita pun dari Allah yang menciptakan kita.Maknanya, kewujudan kita ini adalah kerana kewujudan Allah..Tanpa Allah takkan wujudlah kita. Segala yang berlaku semuanya datang dari Allah..Dialah pemula segalanya.
Allah memulakan diriNya di awal ayat dengan sifat Ar-Rahman (Maha Penyayang), dan Ar-Rahim (Maha pengasih). Ini adalah dua sifat yang merangkumi semua pengertian kasih sayang dan belas kasihan. Hanya pada Allah sahajalah terkumpul kedua sifat ini..Hanya Allah sahaja yang layak di sifatkan dgn sifat maha penyayang dan manusia boleh di sifatkan dengan sifat belas kasihan tapi tidak maha penyayang apatah lagi dengan menyifatkan manusia denagn kedua2 sifat yg di bincangkan di atas.
Memulakan sesuatu dengan nama Allah itu adalah adab kita dengan pencipta kita. Ianya merupakan dasar dalam kefahaman Islam iatu mengenali pencipta kita dan beradab sopan denganNYa.Ianya mengandungi maksud mentauhidkan Allah S.W.T.Dua sifat Allah: Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu menggambarkan tahap hubungan kita dengan Allah: hubungan antara Allah dengan hambaNya.
"Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta alam."
Alhamdulillah adalah satu ucapan keyukuran yang datangnya daripada hati yang melafazkan kesyukuran..Ianya bukan sekadar lafaz di mulut tapi harus di maksudkan oleh hati dengan meletakkan segala pujian itu pada Allah kerana dialah yang layak utk di puji kerana dialah pemegang segala natijah kehidupan manusia itu bukannya manusia..Manusia hanaya layak berusaha dan meletakkan natijah usaha itu kepada Allah..Setiap natijah yang terjadi drpd usaha kita patut di akhiri dengan pujian kepada Allah..(ayat ini) Oleh itu meletakkan pujian kepada Allah di awal dan di akhir adalah satu dasar2 kefahaman Islam.
"Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulang kepadaNya seluruh kepujian di awal dan di akhir."
Betapa tingginya limpah-kurnia Allah sehinggakan apabila hambaNya melafazkan alhamdulillah sebaik sahaja mendapat sesuatu rahmat atau rezeki maka Allah akan menuliskan satu balasan kebaikan yang mengatasi segala timbangan kebaikan yang lain.
Berdasarkan Hadith dari Ibnu 'Umar r.a bahawa Rasulullah telah menceritakan:
Ada seorg hamba Allah mengucapkan kepujian dengan kata; "Wahai Tuhanku! Segala pujian itu terpulang kepadaMu, iaitu yang layak dengan kagungan dan kebesaran kuasaMu."
Ucapan hamba Allah ini telah menyulitkan para malaikat utk menuliskan pahalanya kerana ucapan itu terlalu hebat. Jadi kedua malaikat itu pergi bertemu Allah dan berkata kepadaNya; "Ada seorg hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaiman hendak menulis balasannya?"
Firman Allah:"Apakah pujian yg telah diucapkan oleh hambaKu itu?"
Jawab kedua2 malaikat itu, "Wahai Tuhanku! Segala pujian itu terpulang kepadaMu, iaitu yang layak dengan kagungan dan kebesaran kuasaMu."
Firman Allah kepada kedua2nya, "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hambaKu sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalasNya."
Betapa hebatnya balasan melafazkan alhamdulillah sehingga Allah sendiri akan bertemu dengan kita dan memberikan balasan.....Moga kita mendapat peluang itu IA :)
Bertawajjuh dengan memberi sanjungan kepada ALlah membayangkan perasaan mukmin yang terharu dan bergetar hatinya sebaik sahaja ia teringat kepada Allah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home