Perjuangan yang masih panjang
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ المأَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Aliff Lam Mim, Adakah mereka akan di biarkan begitu saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman sedangkan mereka tidak di uji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji org-org yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut:1-3 )
Perantau,
Musafir perjuangan,
Tabahkanlah hatimu,
Berjuang di rantau org
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Di waktu ujian badai terus melanda,
Engkau tetap gigih berjuang,
Membenarkan sabda junjungan,
Terus memburu menuntut janji,
Pastilah islam gemilang lagi.
Tapi pejuang kembara perjuangan ,
Ujian bukan batu penghalang,
Kerana itulah syarat dalam berjuang.
Oh pejuang di mana pun ada ketenangan,
Di mana pun ada kebahagian,
Bila insan kenal pada tuhan,
Kasih sayang dan pembelaannya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga kepada Allah.
Allah pasti akan menguji hakikat keimanan seorg manusia..itulah sunnah perjuangan. Seperti hadith di bawah;
“Orang yang paling berat di cuba adalah para Nabi, kemudian org yang paling baik selepasnya, kemudian org yang paling baik selepas itu.”
“Sesungguhnya Allah S.W.T apabila mengasihi sesuatu kaum, di cubanya mereka itu (dgn pelbagai cubaan), barangsiapa yang rela dgn cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah SWT) Barangsiapa yang benci (marah) baginya kemurkaan Allah S.W.T”
Hakikat keimanan perlu di buktikan dan utk kita membuktikannya kita akan di uji dan terus di uji kerana jalan perjuangan ini penuh ranjau berduri tapi itulah JIHAD FISABILILLAH ..
“Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan dan jalan neraka di hampiri oleh keghairahan syahwat”
Sungguh, perjalanan kehidupan seorg daie penuh dengan rintangan dan duri. Oleh itu, dalam kita menyusuri jalan ini, dalam kita menghadapi satu demi satu mehnah yang datang, mehnah yang paling besar adalah bila kita tidak berada di bawah lindungan Allah, tidak berhubung terus denganNya, tidak berpegang kepadaNya, tidak berpegang kepada kitabNya dan tidak pula mengikut sunnah Rasulullah..Inilah mehnah yang paling besar dalam kehidupan seorg daie.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home