Friday, July 09, 2004

Tarbiyah diri ini sebagai hamba Allah yang kecil...

Tarbiyah..apa itu tarbiyah? Tarbiyah itu rahmat Allah..Alangkah bertuahnya manusia-manusia yang dipilih Allah utk ditarbiyah dgn sesuatu yang suci lagi membersihkan iaitu Islam..Tarbiyah..aku rindu pada tarbiyah itu :(

Betapa indahnya tarbiyah Islam..Proses tarbiyah adalah sesuatu yang menyucikan hati dan membentuk diri utk tunduk dan patuh Allah sebagai hambaNya..Hanya sebagai hamba Allah tidak yang lain..Proses tarbiyah yang mangajarku utk tunduk dan patuh hanya pada Allah ..tidak pada yang lain ..Proses tarbiyah islam membentuk kita..merubah kita daripada singa yang berlagak kijang kepada singa yag garang..(Re:Muntalaq)

Betapa pentingnya tarbiyah itu ..Jiwa yang tidak mahu ditarbiyah dgn islam akan ditarbiyah dgn anasir2 lain..Sebenarnya tanpa sedar manusia ditarbiyah..Kalau malas pergi usrah utk ditarbiyah..TV akan ambil peluang utk jadi naqibah kita..Bila kita duduk di depan TV bermakna kita telah bersedia utk ditarbiyah oleh naqibah TV kita..Mak usrah TV itu pun akan memulakan proses tarbiyahnya..Kita yang merelakan diri duduk di depan TB pun di bentuk oleh TV..Tanpa sedar diri itu telah di tarbiyah oleh TV..Dalam jangka masa yang panjang akan terbentuklah peribadi dan prinsip yang sejajar dgn ideologi yang di bawa oleh mak usrah TV tu..Contohnya, ramai org semakin menerima konsep bercinta sebelum kahwin, termasuk diri ana suatu ketika dulu..Kenapa?sebab kita sering di momokkan dgn kisah cintan-cintun di TV..TV telah mentarbiyah kita utk memaarufkan sesuatu yang mungkar..Betapa hebatnya tarbiyah kak TV..

Bila difikirkan akan nikmat tarbiyah Islam yang Allah berikan utk kita di bumi kangaroo ini..Betapa perlu kita bersyukur kerna menjadi antara mereka2 yang terpilih utk ditarbiyah dgn islam yang syumul..

Ana perlukan tarbiyah itu..tarbiyah islam yang mendekatkan ana pada Allah..Yang menjadikan ana hamba hanya pada yang esa..

Ya Allah jgnlah di tarik nikmat tarbiyah yang kau kurniakan kepadaku..Jikalau bumi kangaroo ini kau takdirkan bukan utk ku..berilah aku peluang utk ditarbiyah lagi di bumi lain..Sungguh hanya tarbiyah darimu yang aku rindui..Hanya redha dan cintamu yang ku dambakan..Berikanlah aku kekuatan utk tsabat di jalan Mu ya Allah..Aku kan pergi meninggalkan bumi kangaroo bumi tarbiyahku..Di sini aku mengenali tanggungjawabku..sebagai hambaMu yang kecil juga sebagai khalifah di muka bumi ini..Moga selamanya aku begitu..Tunduk dan patuh hanya pada Mu ya Allah Tuhan sekalian alam ....

p/s Buat sahabat..akhawat seluruh aussie, kita bertemu dan berpisah kerana Allah..Moga terus istiqamah di jalan ini ..Jalan mengejar redha Allah S.W.T..ameen :)

1 Comments:

At 2:18 PM, Blogger ummu Ibrahim said...

takde rezeki kat sini.moga Allah beri kekuatan pada akak..doakan ye :)

 

Post a Comment

<< Home