Tuesday, June 29, 2004

Al-Fatihah:2

2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"...Tuhan yang memelihara semesta alam"(Al-Fatihah:2)

pengertian al-Rabbi yang luas adalah dasar kefahaman atau kepercayaan Islam kerana sifat Rububiyah yang mutlak merupakan satu daripada dasar2 aqidah. Ianya bermaksud bahawa Allah adalah pemelihara, penguasa, dan pengurus yang mengendalikan kerja2 tarbiyah dan memberi pengajaran kepada makhlukNya.

Allah adalah sebaik2 pencipa kerana Dia tidak menjadikan manusia dan kemudian membiarkan kita terkapai2 kat muka bumi ni. Dia menjadikan kita kemudaian dia mengajar kita tentang cara meneruskan kehidupan ini sebagai seorg muslim. Dia berikan kita manual kehidupan iaitu Al-Quran; sistem yang paling hebat daripada Allah..Sistem daripada pencipta kita..manual manakah yang paling lengkap kalau bukan datangnya daripada pembuat atau pencipta kita. Dia yang maha mengetahui tentang apa yang di ciptakan even kita sendiri pun tak dapat nak mengenal diri kita sendiri..Hanya dengan manual yang Allah bagi yakni Al-Quran baru kita dapat mengenali diri kita..

Konsep rububiyah adalah pemisah antara aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dan aqidah yang kabur yang menjadi akibat yang tak sepatutnya. Kalau dilihat di sekeliling kita ramai org mangaku bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta Alam tapi at the same time depa tetap percaya pada benda2 karut yang kononnya menguasai manusia. Contohnya seperti tangkal, horoscope, tilikan tangan etc. Mereka tak meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah.

Al-Quran telah menceritakan kisah kaum musyrikin yg menyembah bermacam2 tuhan:

أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

"Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah"(az-Zumar:3)

Ada sahaja alasan mereka daripada menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH

Ini adalah aqidah jahiliyah di mana mereka meletakkan patung2 berhala itu sebagai perantara antara mereka dengan Allah..macamlah Allah tu memerlukan perantara utk mengetahui tentang org yang jahil tu..Allah itu adalah pencipta kita dia tak memerlukan apa2 utk itu..Dia adalah Yang Maha Mengetahui segala isi hati.

Konsep Rububiyah yang mutlak adalah merupakan persimpangan jalan antara yang memisahkan aqidah yg tersusun rapi dgn aqidah yang kacau bilau. Kita hanya bertuhankan Yang Satu iaitu Allah dan tiada yang lain. Konsep ini adalah utk menghapuskan kepeningan dan kekacauan bila bertuhankan byk tuhan. Maha Pencipta mengetahui bahawa hati2 manusia ini akan menjadi tenang dgn mengingati Nya Tuhan yang haq.

Islam datang ketika manusia sedang pening dan mabuk dengan timbunan aqidah yang karut marut; bercampur aduk antara yang haq dan batil, yang betul dengan yang palsu, agama dengan khurafat dan hati manusia ketika sedang mencari dalam kegelapan.

Oleh itu, penting bagi manusia mempunyai kemantapan aqidah sebelum mereka dapat memahami dan memperolehi satu kefahaman yang lurus dan jelas di tengah2 manusia yang jahiliyah.

Pembentukan aqidah itu terdapat dalam Al-Quran dan kefahaman2 yang jelas tentang Islam juga terdapat dalam Al-Quran jadi samalah kita kembali kepada Al-Quran dan meninggalkan sisa-sisa jahiliyah atau timbunan jahiliyah yang terkumpul didalma dada..wallahualam..

Jika dilihat daripada Sirah Rasulullah apa yang baginda lakukan pada 10 tahun di Mekah kepada 300 org sahabat (core group) baginda..Pada waktu itu proses pembentukan aqidah yang JITU berlaku..Apabila aqidah yang kukuh terbina turunlah ayat apa sahaja yang melarang sesuatu yang menjadi kesukaan mereka seperti ayat pengaharaman arak contohnya, pada masa tu juga para sahabat mencampakkan arak dek kekukuhan aqidah mereka..masyaAllah..
Bagaimana pula dengan kita???

Jelas nampak di sini betapa pentingnya kita hanya mentauhidkan hanya Allah yang satu tiada yang lain.
Islam membersihkan kefahaman kita dari kesamaran kepada sesuatu yang jelas dan nyata..Aqidah Islam adalah yang paling sempurna yang menyucikan hati dan akal daripada kekotoran dan diganti dengan cahaya ketenangan apabila kita mengetahui tuhan yang layak di sembah hanya Allah dan mengukuhkan aqidah kita. Apabila kita mengkaji semua aqidah2 jahiliyah yang bodoh dan bandingkan dengan aqidah Islam jelas nampak perbezaan yang jelas di mana pada aqidah Islam ada cahaya tapi aqidah jahiliyah gelap gelita. Jelas aqidah Islam adalah rahmat yang haqiqi kepada hati dan aqal kerana ianya datang dari Allah S.W.T. DAN AQIDAH ISLAM BERSESUAIAN DGN FITRAH MANUSIA KERANA AQIDAH ISLAM DATANG DARI ALLAH DAN ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI TTG FITRAH MANUSIA KERANA DIA ADALAH PENCIPTA MANUSIA :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home