Tuesday, June 29, 2004

Al-Fatihah:7

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

"Iaitu jalan org2 yg Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan org2 yg Engkau murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat."(Al-Fatihah:7)

Jalan yang lurus bukan jalan yang menyimpang dari kebenaran. Jalan yang lurus adalah jalan kebahagian bagi org2 yang mendapat hidayah..

Manakala jalan yang menyimpang adalah jalan org yang awal2 lagi dah sesat atau org yang pada mulanya benar tapi di tengah jalan tersesat..atau sengaja menyesatkan diri..wallahuallam..

Kelebihan surah ini

Surah ini adalah surah terpilih utk di ulang2 bacaannya di dalam solat kerana ia mengandugi dasar2 aqidah yang asas dalam kefahaman Islam dan tawajjuh atau doa2 kepada Allah S.W.T yang terbit daripada kefahaman yang sebenar..

Hadith: Sahih Muslim
Dialog antara Allah dan hambaNya

"Aku telah membahagikan solat (Al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya utk Ku dan separuh lagi utk hamba Ku dan utk hambaKu apa shj yg di pohonkan kepadaKu, apabila hambaKu berkata (1:1), Allah menjawab, "HambaKu telah memujiKu"
Apabila hamba itu berkata (1:2), Allah menjawab,"HambaKu telah memberi sanjungan kepada Ku."
Apabila hama itu berkata (1:3), Allah menjawab,"HambaKu telah mengagung-agungkan Ku." Dan apabila hamba itu berkata, (1:4), Allah menjawab,"Ini di antara hambaKu dgn Aku dan utk hambaKu apa sahaja yg dipohonkan kepada Ku, apabila hamba itu berkata, (1:5,6,7), Allah menjawab, "Ini utk hambaKu dan utk hambaKu apa sahaja yg dipohonkan kepadaKu."

Hadith yang sahih ini telah mendedahkan salah satu rahsia dan kelebihan surah al-Fatihah yang dipilih menjadi ummul kitab..Surah yang pertama dan menjadi bacaan kita sebelum kita memulakan sesuatu..kenapa ? Kerana dalam tujuh ayat ini terdapat asas2 kefahaman dan aqidah Islam ..Apabila kita membaca tujuh ayat ini di awal majlis, insyaAllah sebagai peringatan kita kepada Allah dam aqidah kita yakni Islam dan dapat membetulkan niat kita sebelum memulakan sesuatu..Niat kerana Allah, insyaAllah..

Wallahuallam :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home