Al-Fatihah:4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ"Tuhan yang menguasai hari pembalasan"(Al-Fatihah:4)
"Yang menguasai" atau "penguasa" membayangkan tahap kekuasaan yang paling tinggi. Manakalah "hari pembalasan" adalah hari penentuan di akhirat. Ramai umat manusia percaya akan kemujudan Allah dan Dialah yang menciptakan dunia ini tetapi tidak mempercayai akan kewujudan hari pembalasan.
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
"Dan jika engkau bertanya mereka: Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjawab Allah."(az-Zumar:38)
Dalam surah yang lain Allah menceritakan,
2 بَلْ عَجِبُوا أَن جَاءهُمْ مُنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ
3 أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ
"Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorg Rasul yg memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah org2 kafir: Ini adalah satu perkara yg amat aneh.Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan di hidupkan kembali? Itu adalah satu pengembalian yg amat jauh." (Surah Qaf:2-3)
Kepercayaan kepada hari pembalasan adalah batas pemisah antara kebebasan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu kerana dengan meyakini akan kewujudan hari pembalasan kita tidak akan terikat dengan kehendak2 dunia yang sementara kerana kita yakin di penghujung jalan, kita akan mendapat balasan daripada Allah. Keyakinan ini juga akan menyelamatkan manusia apabila mereka sedar bahawa perjalanan hidup manusia adalah sgt pendek dan kita akan lebih merasakan kepentingan utk beramal kerana Allah kerana meyakini akan hari pembalasan Allah. Kita harus menunggu hari pembalasan dengan yakin dan tenang sambil menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Keyakinan ini akan membentuk satu keyakinan insaniyah yang hakiki sebagaimana yang dikehendaki Allah kepada para hambaNya.
Manusia harus yakin bahawa usia manusia ini tidak terbatas utk di dunia sahaja..Manusia yang Islam akan hidup selama2nya dengan meyakini akan kewujudan alam ghaib yakni apabila manusia di bangkitkan semula dan di balas segala amalannya di dunia ini.
Keyakinan ini akan menjadi pendorong dan penggerak kepada kita utk membantu Al-Haq dgn kepercayaan akan mendapat balasan dari Allah di akhirat kelak, insyaAllah.
Jelas nampak wujud dua golongan manusia, yang beriman kepada hari akhirat dan org yang tidak beriman kepada hari akhirat. Perbezaan jelas kelihatan antara dua kelompok manusia ini..mereka berbeza dari segi perasaan, akhlak dan kelakuan dan amalan. Mereka tidak dapat bersama di dunia dan tidak akan bertemu di akhirat kerana balasan Allah kepada dua kelompok manusia ini berbeza...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home