Tuesday, June 29, 2004

Al-Fatihah:5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan."(Al-Fatihah:5)

Ayat ini juga menggambarkan satu lagi pokok aqidah kita dimana tiada ibadat melainkan utk Allah dan hanya Allah tempat pergantungan kita.

Disinilah pembebasan manusia yang hakiki berlaku apabila manusia di bebaskan daripada seluruh bentuk penghambaan yang lain kepada penghambaan hanya kepada Allah..Harus di ingat kita hanyalah hamba kepada Allah bukan kepada buku, ilmu, pemerintah, kerja, perasaan etc

Kita harus membebaskan diri daripada penghambaan kepada undang2 ciptaan manusia yang bodoh dan meletakkan keyakinan kepada undang-undang Allah dan kita haru berhakimkan kepada al-haq dan al-quran.Ini hanya boleh dilakukan sekiranya kita meletakkan pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah S.W.T.

Di dunia ini wujud dua kuasa: kuasa yang mendapat cahaya Al-Haq dan kuasa yang batil dan sesat. Kita tidak harus gentar kepada kuasa2 yang sesat seperti Amerika dan Yahudi kerana kekuatan mereka kekuatan yang kering. Mereka tidak punya kekuatan yang haqiqi iaitu kekuatan Allah..Kekuatan mereka yang sesat ibarat api yang telah padam dimana kekuatan umat Islam selamanya menyala2 ibarat api yang sedang marak..kesan aqidah yang mantap dan dari ayat ini kita letakkan segala pergantungan kepada Allah yang maha kuasa.

وَإِذْ نَجَّيْنَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوَءَ الْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءكُمْ وَفِي ذَلِكُم بَلاء مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ

"Berapa banyak kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang ramai dengan izin Allah?"(al-Baqarah:249)

Umat Islam dapat mengalahkan kumpulan yang ramai kerana kita punya hubungan kekuatan denga Allah..Kita boleh melakukan apa sahaja dengan izin Allah kerana kita meyakini bahawa segala kekuatan itu datangnya daripada Allah.

Sebagai umat Islam kita harus memelihara hubungan kita dgn Allah dan juga memelihara hubungan kita dengan roh alam yang sentiasa bertasbih kepada kepada Tuhan yang memelihara semesta alam.

Kita harus meyakini bahawa Allah adalah pencipa kesemua kuasa yang ada di muka bumi ini. Sudah menjadi sunnatullah bilamana Dia menciptakan kuasa2 itu dan utk digunakan oleh manusia..contoh kuasa2 yang wujud di muka bumi ni macam petroleum, dan galian yang lain atau apa2 sahaja yang kita boleh dapat daripada alam ini utk manfaat manusia..semua itu datangnya dari Allah..Dia telah menciptakan kuasa2 itu utk mencapai satu matlamat Al-Haq dan manusia harus mengkaji dan mengenali peraturan dan ketetapan Allah di sebalik penciptaanNya.

Sebagai hambaNya kita harus bersyukur bilamana kita mendapat pertolongan daripada kuasa2 itu kerana ianya adalah perantara pertolongan Allah kepada kita..Yang memebri pertolongan adalah Allah yang maha kuasa.

وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لَّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan Dia menundukkan kepada kamu apa yang ada di langit dan bumi semua daripadaNYa."(al-Jathiah:13)

Dengan keyakinan yang jitu terhadap pertolongan Allah, tidak akan wujud anggapan yang salah terhadap benda2 yang tidak layak utk di takuti. Kita hanya beriman dan menyembah dan memohon pertolongan hanya pada Allah yang esa dan meyakini bahawa kuasa yang paling agung terletak di tangan Allah. Kesimpulannya kita harus mengkaji akan kuasa2 milik Allah yang wujud di dunia ini dan menggunakannya utk kemaslahatan umat manusia. Seperti sabda Rasulullah s.a.w ketika beliau merenung Uhud;

"Bukit in sayangkan kita dan kita juga sayangkannya"
Perasaan kasih sayang terhadap alam ciptaan Allah.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home