Al-Fatihah:6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ"Tunjukkan kami jalan yang lurus."(Al-Fatihah:6)
Ianya ibarat satu doa agar Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Ayat ini adalah selepas ayat2 yang mengenalkan kita kepada sifat2 Allah seperti; Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Tuhan yang memelihara sekalian alam, Yang maha penyayang dan maha pengasih, Penguasa hari pembalasan, Tuhan yang di sembah dan Dia adalah tempat kita meminta pertolongan..Setelah kita mengenali Allah daripada kelima2 ayat tadi. Pada ayat 6 ni kita berdoa kepadanya setelah meyakini bahawa Allah adalah tempat yang paling layak utk di minta pertolongan.
Apabila kita meyakini bahawa Allah adalah sebaik2 tempat utk meminta pertolongan dan tempat utk meletakkan pengharapan, kita akan terasa akan nikmat hidayah Allah(jalan yang lurus yang di doakan tadi)..Hidayah Allah adalah jaminan kebahagian yang hakiki..di dunia dan akhirat..Hidayah itu di bawah kekuasaan Allah, Dialah sebaik2 pemberi hidayah dan hidayah itu di bawah kekuasaanNya..
Hidayah Allah (jalan yg lurus) adalah the driving force utk memimpin fitrah kita sebagai manusia kepada undang2 Allah yang paling lengkap dan seimbang antara manusia dan alam kerana undang2 itu sendiri diciptakan oleh yang maha pencipta dan penguasa sekalian alam termasuklah hari pembalasan (Refer ayat 3)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home