Teori pemisahan (mufashalah)
إِن نَّقُولُ إِلاَّ اعْتَرَاكَ بَعْضُ آلِهَتِنَا بِسُوَءٍ قَالَ إِنِّي أُشْهِدُ اللّهِ وَاشْهَدُواْ أَنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ5455مِن دُونِهِ فَكِيدُونِي جَمِيعًا ثُمَّ لاَ تُنظِرُونِ
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلاَّ هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ56
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقَدْ أَبْلَغْتُكُم مَّا أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَيْكُمْ وَيَسْتَخْلِفُ رَبِّي قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّونَهُ شَيْئًا إِنَّ رَبِّي عَلَىَ
57كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ
Sesungguhnya aku jadikan Allah sebagi saksiku dan saksikanlah olehmu sekalian bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan dari selain-Nya, sebab itu jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia lah yang memegangkan ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. Jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku telah menyampaikan amanat yang dipercayakan kepadaku utk menyampaikan kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti kamu dengan kaum yang lain dari kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepadanya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. (Hud(11):54-57)
Alhamdulillah, Allah beri peluang dan kelapangan utk menulis..Sungguh manusia punya dua tanggungjawab besar..satu utk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini utk melaksanakan tanggungjawab syahadah dan satu lagi utk menjadi hamba
kepada-Nya.Khalifah dan hamba dua perkara yang berbeza. Kerna itulah manusia ini istimewa di sisi Allah kerna kitalah boss dan kitalah juga officeboy kat dunia ni.
Sebagai khalifah Allah kita haruslah tunduk dan patuh kepada ALlah sehingga sampai kepada tahap menghambakan diri hanya pada Allah Tuhan yang Maha Pencipta. Itulah yang dikatakan khalifah yang menjadi hamba. Kalau di renung seerah Rasulullah S.A.W even kesah para khalifah yang empat..Mereka telah menunjukkan contoh menjadi khalifah yang menjadi hamba..Masih adakah lagi pemimpin yang seperti itu kala ini?wallahuallam..
Berbalik kpd ayat (11:54-57), Ayat ni menceritakan kenyataan Nabi Huud utk berlepas dari kaumnya. selain dari ungkapan rasa takutnya kerana tinggal bersama dgn mereka sbb mereka telah mengambil jalan yang lain dari jalan yang telah di tetapkan oleh Allah, juga sebagai ungkapan pemisahan antara dua titik yang tidak boleh bertemu dan terputus ikatan akidah antara keduanya.
Hud a.s menyatakan kepada Allah bahawa dirinya berlepas diri dari kaumnya yg sesat manjauhkan diri dan berpisah dari mereka. Bahkan dia menyatakan pemisahan itu di dpn mereka agar tidak ada keraguan dalam pandangan mereka bahawa di benar2 takut dikatakan sebagai salah seorg daripada mereka. Kenyataan itu memerlukan iman yang kuat dan tekad yg kukuh..
Apakah faktor yg mendorong Huud berbuat demikian? Sesungguhnya faktor pendorong adalah iman, kepercayaan dan ketenangan.Iman kepada Allah, kepercayaan kepada janjiNya dan ketenangan kepada pertolongan Allah. Apabila Allah menjanjikan pertolongan maka hati ini menganggapnya sebagai sebagai suatu kenyataan yang pasti terjadi, hati ini tidak patut ragu walau sedetik pun..
"Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus" (11:56)
Ini adalah kekuatan, istiqamah dan tekad yang bulat. Dalam kita berjuang dan berhadapan dgn tentangan keyakian kepada Allah adalah amat penting.
"Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya"(11:56)
Kaum Nabi Hud yang mungkar itu ibarat haiwan2 yang melata di antara haiwan2 yang ubun2nya berada didlm genggaman Allah S.W.T. Dia pasti dapat mengalahkan mereka sgn kekuasaanNya. Kerna itulah Nabi Huud tidak berasa takut walaupun sedikit kepada kaumnya kerana dia meyakini akan kekuatan Allah dan meyakini janji Allah S.W.T.
Inilah dia teori pemisahan dimana kita membebaskan jiwa dan hati, kebebasan fikiran dan akal, kebebasan jihad dan beramal lalu dipenuhi dgn keagungan Islam (khalifah yg menjadi hamba) dan keindahan Al-Quran. Kita harus tetap dan teguh pada panji dan bendera Rasulullah S.A.W. InsyaALlah kita akan menjadi muslim dan muslimah yang berjihad melawan nafsu dan membahagiakan org lain.
Kebebasan jiwa dan hati adalah pemisahan perasaan (mufashalah syu'uriyah) di dlm hati sanubari sehingga hati selalu merasa mulia dan tenang.
"Janganlah kamu merasa kecil diri, lalu kamu samakan dirimu dengan org lain atau kamu tempuh dlm dakwahmu jln yang bukan jln kaum mukminin atau kamu bandingkan dakwahmu yang cahayanya di ambil dari cahaya Allah dan manhajnya di serapkan dari sunnah Rasulullah, dgn dakwah lainnya yg terbetun oleh berbagai kepentingan lalu bubar begitu saja dgn berlalunya waktu dan terjadinya pelbagai peristiwa."
p/s Tidak sekali2 sesorg sesat di jln ini melainkan kerana keliru sejak langkah permulaannya keran sesungguhnya keliru dalam langkan pertama akan mempengaruhi kesudahannya...nauzubillah...

1 Comments:
salam..saja cuba meletakkan comment..
Post a Comment
<< Home