sayonara perth
sayonara perthana akan meninggalkan perth sebentar lagi..flight at 1045 am..apa perasaan ana??sedih mungkin kerana tidak dapat berada lama bersama mereka ..alhamdulillah walaupun sedetik ana rasakan di sini..tapi ukhwah antara ana dan mereka semakin rapat...mungkin mereka kesunyian..perlukan kakak utk bermanja mungkin..insyaAllah ukhwah fillah ini akan selamanya di sirami..ana kan datang lagi insyaAllah..
apa yang ana dapat di sini?alhamdulillah..ana belajar akan erti pengorbanan..ana belajar akan erti ukhwah..ana belajar akan erti kita perlu sentiasa membetulkan niat kita dalam apa yang kita lakukan..ana belajar yang dakwah ini tidak selalunya manis..tapi kepahitan itu akan bertukar menjadi satu kemanisan bila kita cambahi ia dengan kesabaran..redha..dan pergantungan sepenuhnya pada Allah yang maha kuasa..
sungguh dakwah ini ada kemanisannya walaupun jalannya penuh ranjau..lihatlah mad'u kita dengan pandangan seorg dai'e..tidak redha pada kemungkaran mereka tapi lihatlah mereka dengan pandangan kasih sayang..jgn diungkit kemungkaran mereka..jangan memeningkan kepala dengan kemungkaran mereka..tapi...fikirkan cara utk membantu mereka..mereka perlu di bantu..mereka perlu digerakkan dari tidur yang lena..wahai sahabat..sedarlah bahawa dunia ini hanya sementara..jalankanlah tanggungjawabmu..marilah kita bersama memikul tanggungjawab ini..seperti terngiang2 suara rasulullah.."ummati..ummati..ummati.."betapa rasulullah s.a.w menyayangi umatnya...
Doa ana..moga akan terbentuk bi'ah yang solehah di Perth juga ..Moga kami disatukan di atas kalimah LAILAHAILLALLAH..Islam akan terus mara dan mara..TAKBIR!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home