Friday, April 09, 2004

apa lagi selepas ni?

apa lagi selepas ni?

Angka kematian terus meningkat di Fallujah

FALLUJAH 8 April - Lebih 280 penduduk Iraq terbunuh dan 400 lagi cedera dalam serangan tentera marin Amerika Syarikat (AS) terhadap gerila di Fallujah, barat Baghdad pada minggu ini.

Bilangan sebenar kemalangan jiwa dijangka lebih tinggi, kata pengarah hospital Fallujah, Taher Al-Issawi hari ini.

"Kami tahu tentang mangsa yang mati dan cedera tertimbus di bawah runtuhan di beberapa tempat tetapi kami tidak dapat mengeluarkan mereka disebabkan pertempuran," katanya.

Serangan AS ke atas Fallujah bermula awal Isnin lepas apabila askar Marin mengepung bandar 200,000 penduduk itu.

Sejak itu askar AS yang dibantu oleh pesawat perang dan kereta kebal terlibat dalam pertempuran sengit di jalan-jalan raya dengan gerila anti-AS di kawasan kediaman yang padat dengan penduduk.

Sekurang-kurangnya tiga askar marin disahkan terbunuh sejak operasi itu bermula tetapi komander AS belum mengumumkan angka rasmi. - AP


extract Utusan Melayu (eh silap...Utusan Malaysia)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home