Monday, April 05, 2004

MARI KITA SAMA2 MUHASABAH DIRI INI..

IMAN

Iman yang haq sentiasa di suburkan dan yang menjana perjuangan, insyaAllah.

ILMU

Pengetahuan tentang pokok ajaran islam.

v Sentiasa membaca dan meneliti Al-Quran
v Sentiasa meneliti hadith-hadith
v Mempelajari hukum-hukum Islam sehingga dapat bermuamalat dan beribadah secara haq
v Sentiasa meneliti sirah Rasulullah dan mengambik iktibar daripadanya.

Pengetahuan tentang cabang-cabang ilmu Islam secara;

v Mendalami pengajaran dan kitab-kitab ulama muktabar.
v Meneliti buku-buku Islam masakini.
v Mengamati isu-isu semasa dengan pandangan Islam.
v Memahami cara-cara dakwah yang sesuai untuk waqi' yang berlainan.

AMAL

> Bersama dengan jemaah Islam
> Penerapan nilai dakwah terhadap diri sendiri

v Teguh dengan prinsip Islam
v Akhlak yang mulia
v Ibadah-ibadah yang ikhlas
v Dakwah yang berhikmah

Muhasabah diri seorang daie;
Sihat serta kuat tubuh badan

v Dakwah berat tanggungjawab dan tugasnya-perlukan badan yang sihat dan kuat.
v Rasulullah saw menitik beratkan soal ini. Maksud hadis; Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
v Pesanan al-Banna: Memeriksa kesihatan diri,, mengamalkan riadah dan tidak memakan dan minum sesuatu yang merosakkan badan.

Akhlak yang mantap

v Akhlak kita ialah Al-Quran dan dan ditunjukkan oleh Nabi SAW
v Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitive iaitu peka terhadap benda yang halal dan haram, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Fikiran yang berpengetahuan

v Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada org lain.
v Perlu bersumberkan kapada Al-quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
v Pesal Imam Banna; Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
v Mampu membaca al-quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Mampu berusaha

v Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan atau rasmi/swasta.
v Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
v Melakukan kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
v Menjauhi riba dalam semua lapangan.
v Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam.

Akidah yang sejahtera

v Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai nabi.
v Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
v Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Ibadah yang betul

v Perlu melakukan ibadat yang meningikan roh dan jiwa seperti bangun di 1/3 malam utk bertemu kakasih agung.
v Perlu belajar utk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
v Tidak melampau atau berkurang (pengetahuan).

Mampu melawan nafsu

v Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak islam.
v Tidak menghiraukan apa org kata dalam mempraktikkan Islam.
v Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak dapat dihadapi oleh org lain yang tidak biasa dgn kesusahan.

Menjaga waktu

v Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
v Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
v "...Aku adalah makhluk baru, menjadi saksi kepada manusia."

Tersusun dalam urusan

v Untuk manfaatkan waktu dengan baik ..perlu penyusunan dalam segala urusan.
v Gunakan segala masa dan tenaga tersusun utk manfaat Islam dan dakwah..insyaAllah..

Berguna utk org lain

v Dai umpama lilin yang membakar diri utk menyuluh org lain (Ya Allah golongkan aku dalan golongan ini..)
v Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
v Amal Islam ialah menyelamatkan org lain dari kesesatan.
v Dai merasa gembira bila dapat membantu org lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorg manusia ke jalan Allah…

ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PIMPINAN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI DAN MATI DI JALAN ALLAH ITU SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI..TAKBIR!!...ALLAHUAKBAR

0 Comments:

Post a Comment

<< Home