bukan masa bersedih
bukan masa utk tidur..bukan masa utk bersedih..tapi masa utk bergerak..dan melangkah...dan melangkah dan melangkah dan melangkah....BAGHDAD 8 April - Tentera Amerika Syarikat (AS) memberi amaran untuk terus menyerang masjid-masjid di Iraq jika tempat ibadat umat Islam itu digunakan sebagai pangkalan bagi melancarkan serangan atau menyimpan senjata.
Serentak dengan amaran itu, gelombang kebangkitan penduduk berfahaman Sunah dan Syiah memuncak untuk menentang tentera penceroboh.
Para penduduk Syiah dan Sunah yang dahulunya bermusuhan kini bersatu untuk menghalau tentera penceroboh dari tanah Iraq.
Keadaan di Iraq semakin meruncing apabila lapan rakyat Korea Selatan yang dipercayai mubaligh Kristian dan tiga rakyat Jepun yang merupakan dua wartawan dan seorang pekerja bantuan dijadikan tebusan oleh pejuang Iraq.
Stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan rakaman pita yang menunjukkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai 'Pasukan Mujahidin' mengancam untuk membakar tebusan rakyat Jepun itu secara hidup-hidup jika Tokyo tidak mengundurkan askar Jepun dari Iraq.
Rakaman tersebut menunjukkan empat lelaki bersenjata dan bertopeng mengacukan pisau dan pedang ke bahagian dada dan leher tebusan.
Timbalan Pengarah Operasi Tentera AS di Iraq, Brigedier Jeneral Mark Kimmitt berkata, masjid mempunyai status khas menurut Konvensyen Geneva yang tidak membenarkannya diserang.
"Bagaimanapun ia boleh diserang apabila timbul keperluan ketenteraan," katanya kepada stesen televisyen CNN hari ini.
Beliau menyatakan demikian selepas tentera marin AS melancarkan sebuah peluru berpandu dari udara dan dua bom panduan tepat seberat 225 kilogram ke Masjid Abdulaziz al-Samarai di Fallujah semalam.
Tentera AS mendakwa masjid itu menjadi tempat persembunyian gerila anti-AS.
Pemerintah pusat tentera AS menyatakan serangan itu dilancarkan selepas tembakan senjata api dari pekarangan masjid tersebut menyebabkan lima askar marin AS cedera.
Kira-kira 60 gerila anti-AS dipercayai terbunuh dan 130 lagi cedera dalam bedilan ke atas pekarangan masjid itu ketika waktu solat.
Bagaimanapun seorang pegawai kanan AS di Fallujah, barat Baghdad, Leftenan Kolonel Brennan Byrne kemudiannya mengaku tidak ada mayat atau tanda-tanda kecederaan ditemui.
Beliau berkata, ada kemungkinan pejuang Iraq yang lain mengheret keluar mayat dari masjid itu dalam masa 30 hingga 40 minit sebelum ketibaan askar-askar marin.
Semua masjid di Fallujah telah mengisytiharkan jihad terhadap tentera penceroboh, kata seorang wartawan AFP di bandar itu.
Kimmitt berkata, tentera AS mengebom pekarangan masjid tersebut kerana gerila menggunakannya sebagai tempat berlindung untuk menyerang askar Amerika.
Beliau menegaskan, tempat-tempat suci akan diserang jika tentera AS percaya gerila menggunakannya untuk menyimpan senjata, mengendalikan senjata, menghasut penduduk supaya bertindak ganas atau melakukan pemberontakan dari kawasan itu.
Sementara itu, seorang askar marin AS dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Fallujah hari ini.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah kematian askar marin di bandar itu meningkat kepada empat orang pada minggu ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pejuang-pejuang Iraq menyerang sebuah konvoi tentera AS di sebatang jalan raya di Fallujah dengan menyebabkan dua buah kenderaan tentera AS terbakar.
Jumlah kematian atau kecederaan akibat serangan itu belum diketahui.
Penduduk berfahaman Syiah dan Sunah meneruskan kebangkitan mereka hari ini dengan berarak secara aman ke Fallujah untuk menyatakan tentangan mereka terhadap kehadiran tentera penceroboh di Iraq.
Beribu-ribu rakyat Iraq daripada kedua-dua mazhab itu berarak dengan membawa bendera Iraq serta potret pemimpin Hamas, allahyarham Sheikh Ahmed Yassin dan ulama Syiah Iraq, Moqtada Sadr.
Para pengikut Sadr yang digelar sebagai 'Tentera al-Mahdi' turut memberikan tentangan sengit kepada tentera penceroboh di Iraq.
Kebangkitan rakyat Iraq itu mendapat pujian pertubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang menggesa seluruh rakyat bersatu menentang tentera penceroboh sehingga mereka tewas dan berundur dari Iraq. - Agensi
Takbir!!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home