Monday, April 05, 2004

sebuah ceritera

sebuah ceritera
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong, maka bertasbihlah kamu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah maha penerima taubat," An-Nashr (Pertolongan) ayat 1-3.
Ku ulang dan ulang bacaanku..tanpa ku sedar mutiara ciptaan Allah mengalir membasahi pipi..Sunyi sepi..keheningan pagi..tidak sehening hati ini..pasrah mengadap Illahi..Mengadu nasib kami kepada yang Esa..Aku redha.

Ya Allah, kuhadapkan wajah ku kepada Mu ya Allah, hidup dan mati ku adalah untuk Mu, Ya Allah tuhan yang maha agung..getus hati kecilku sebaik sahaja aku selasai solat Tahajjud, Hajat dan Witir pagi itu.

Aku masih lagi di sini..Di atas sejadah usang milikku..Merenung masa yang tak ketentuan..Teringat aku pada firman Allah,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kebenaran," (Al-Ashr-Masa Ayat 1-3)

Aku merenung masa silam, masa, harta yang paling bernilai milik aku tika ini. Betapa mahal harga masa bagi ku..Sungguh, entah bila kan Allah tarik nikmat masaku..Aku sendiri tidak mengetahui..Aku semakin hilang arah tak mampu lagi menghitung masa..Biarlah, biarlah masa berlalu pergi namun untuk menjadi manusia yang rugi tidak sekali..
Aku menoleh ke kanan.. Aliff masih lena di ulit mimpi..Apa yang dia tahu. Kementahan tidak mengajar mereka erti sengsara. Aliff baru berumur 6 tahun semalam. Adik kesayanganku. Dialah temanku di kala aku kesunyian. Melayan keletah Aliff membuatkan aku gembira ibarat tiada bebanan. Kami dua beradik anak yatim. Ummi, walid dan Aiman tiga nama yang tidak akan dapat kami lupakan.

"Aiman, Aliff dah ambil wudu'? Cepat bersiap, walid tak mahu lambat,"tegas walid bersuara.
Tak menang tangan ummi menyiapkan adik-adikku. Berjubah dan kopiah tak ubah seperti walidnya. Aku tesenyum dari jauh melihat keletah mereka. Mereka juga tersenyum gembira bersemangat untuk bersolat di masjid. Ah, adik-adikku..Betapa indahnya Islam.
Aku ke dapur menyiapkan makan tengah hari bersama ummi.Tiba-tiba....

"Ummi! Ummi! Walid ummi, Walid jatuh tadi!"jerit Aiman. Ummi terkejut, begitu juga aku. Aiman tercungap-cungap keletihan. Penat berlari pulang bersama Aliff.
"Kenapa Aiman? Apa jadi pada Walid?" Ummi bertanya dengan raut gusar.
"Walid jatuh setelah selesai solat,ummi. Di sebelah Aiman. Aiman tak tahu kenapa. Yang Aiman tahu Walid tengah sakit sekarang. Perut dia berdarah. Tapi dia suruh Aiman dan Aliff lari selaju mungkin balik rumah..Mulanya Aiman dan Aliff tak nak tinggalkan walid. Tapi walid suruh juga kami lari. Aiman nampak semua orang lari, jadi Aiman tarik tangan Aliff dan lari meninggalkan Walid. Aliff janji dengan walid. Aiman akan datang balik ambil walid. Aiman nak panggil doctor. Walid sakit ummi..walid sakit!!"

Petang itu, jenazah walid di kebumikan.Tinggallah kami berempat, aku, ummi, Aiman dan Aliff.
"Walid pergi mana ummi?"Tanya Aliff inginkan kepastian.
"Walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik, syurga, walid tunggu kita kat sana, kalau Aliff dan Aiman baik, Aliff dan Aiman juga akan ke sana,"balas ummi.

Malam itu, aku terjaga apabila pintu rumah ku di ketuk kuat. Aku mengejutkan ummi.Tiba-tiba, pintu rumah ku di pecahkan. Aku terkejut, ummi juga begitu. Beberapa orang askar memecah masuk rumahku. Ummi suruh aku menyorok bersama adik-adikku. Aku dan Aliff menyorok di dalam almari. Aiman ku sorokkan di dapur. Mereka mencari ummi. Mereka ingin tangkap ummi. Ummi keluar menyerah diri.
Kami mengintai dari dalam almari. Mereka acu senapang pada ummi. Mereka ingin tembak ummi.Mereka tembak ummi.
"Ummi!" jerit Aiman. Dada Aiman berdarah tapi Aiman tidak menangis. Kata Aiman, "Aiman nak bawa doctor untuk walid di sana, walid tunggu Aiman."Aiman menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangku ummi. Ummi menangis, ummi menurut jejak Aiman dalam tangisan. Tanpa belas ummi di bunuh.
Air mataku jatuh lagi, kenangan silam kembali merobek hati. Aku redha dengan ketentuan mu Ya Allah. Aku masih di atas sejadah usangku mendoakan kesejahteraan ummi, walid dan Aiman. Azan subuh mula berkumandang. Aku bangkit untuk mengejutkan Aliff.
"Aliff, bangun sayang.Kita solat subuh sama-sama."aku mengejutkan dia.
Entah mengapa azan yang berkumandang tadi tiba-tiba tidak kedengaran lagi. Yang kedengaran adalah bunyi jet pejuang yang membingitkan. Aku keliru seketika. Apakah yang telah berlaku?..Suasana subuh yang hening bertukar bingar.Aku memeluk Aliff sekuat mungkin, ketakutan. Kedengaran bunyi bom meletup di sana-sini. Apakah nasib kami?


0 Comments:

Post a Comment

<< Home