Tuesday, April 06, 2004

Kemanisan dakwah

Alhamdulillah, saat ii dapat ku rasakan betapa manisnya dakwah..walaupun jalannya penuh duri ..tohmahan..kritikan...tapi yang maaruf tetap maaruf dan yang mungkar tetap mungkar..Allahuakbar!!

Pernah tak kita terfikir..maksud perkataan maaruf itu sendiri...maaruf berasal dari perkataan ma'rifah yang bermaksud dikenali dan mungkar bererti tidak dikenali..kenapa?sebab sewaktu zaman para sahabat dahulu, kemungkaran itu bukan satu kebiasaan sebaliknya amal maaruf menjadi kebiasaan..terbalik dgn keadaan umat masa kini..yang mungkar sudah menjadi maaruf dan yang maaruf dah menjadi mungkar..

Teringat perbualan ana dengan housemate tersayang malam semalam..Adakah kita ni tergolong dalam golongan hipokrit??org yang tahu tapi tidak mengamalkan??hipokrit kita kepada siapa?adakah pada driver bus atau pada leturer kita atau pada tutor kita??HIPOKRIT KITA PADA ALLAH kalau kita tidak mengamalkan apa yang kita tahu..nauzubillah..

Mungkin ini adalah masa yang terbaik utk kita muhasabah diri kita..perbaiki hubungan kita dengan Allah..perbetulkan niat kita..kita hidup ni utk apa??utk mencari redha Allah..tapi kita masih lagi membuat sesuatu yang jauh dari keredhaan Allah..Tak pernah ke kita terfikir..kalau kita berazam utk excel dalam studies..tapi pernah tak kita terfikir nak excel dalam kehidupan sebagai muslim..memegang syariat Allah kemas2 dalam genggaman..cuba sedaya upaya utk amal maaruf nahi mungkar (yang sebenar2 benarnya..bukan amar maaruf nahi mungkar version sekarang..)

Jika benar kita mencari redha Allah..jika benar kita ingin berubah ana cabar semua org buatlah apa sahaja tapi niatkan kerana Allah..Bayangkan, kalau kita ingin melakukan sesuatu yang bertentangan dgn syariat contohnya kita ingin menghampiri zina tapi kita niatkan apa yang kita lakukan adalah kerana Allah..insyaAllah kita tak akan buat benda tu sebab Allah tak redha dengan perbuatan itu..Allahuakbar..betapa besarnya impak niat kepada apa yang kita lakukan..
insyaAllah kalau niatkan apa yang kita lakukan sehari2 dalam kehidupan ini hanya kerana Allah dalam usaha mencari keredhaanNya kita akan secara tidak langsung meninggalkan laranganNya..sebab Allah larang adalah kerana Dia tidak redha dgn kemungkaran (sesutu yang tidak dikenali/bukan kebiasaan)..

Betapa manisnya dakwah walaupun perit tapi Allah hadiahkan kesabaran sebagai senjata hati ini, insyaAllah..Allah hadiahkan perasaan husnuzon (bersangka baik) dalam hati kecil ini..Allah bekukan perasaan amarah dari jiwa seorg hambanya yang sedang mencuba...Allah ukirkan senyuman di wajah ini..senyuman yang datang dari hati ..senyuman yang kini merasai akan kemanisan dakwah..alhamdulillah..begitulah manisnya dakwah :) wallahuallam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home