Esok aku ada test..10 %..semalam dan hari ini dapat assg, asg law 25% (banyaknya) and hari dpat assg corp acc 3 pulak..after break ada presentation 10%..oklah tu..takdelah busy sgt..ada kwan ana tu ada sampai 8 assg this week..hebat sungguh..macam mana agaknya dia membahagikan masa..dengan study dan kerja kite..mungkin dengan meletakkan priority..kerja kita dgn Allah kena letak nombor satu..dan yang seterusnya pandai2 sendiri..maybe buat asg mana yang due dulu and jgn lupa study consistently..consistent tak bermakna setiap masa ye tak..at least 4 hours everyday..2 jam sebelum subuh dan 2 jam lagi sebelum tidur insyaAllah..cukuplah tu kan..4 jam sehari..masa yang lain tu boleh buat kerja lain...tolak makan minum dan mandi and kemas rumah etc..(kerja2 asas) kita ada banyak jam lagi..tidur dalam 4-5 jam..selebihnya utk Islam..insyaAllah..
Ciri-ciri generasi Mujahid.
Qiam di tengah malam
Generasi yang bangun dan tahajjud di tengah malam. Madrasah Al-Lail telah mengeluarkan graduan-graduan yang mempertahankan agama Islam dan umat Muslimin serta menghapuskan penyembahan sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa.
Kejelasan Fikrah Islam. Kefahaman yang mendalam serta kesyumulannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Darjat keikhlasan tajarrud yang tinggi.
Memperjuangkan Islam kerana Allah semata bukan untuk mengejar Material atau manfaat duniawi.
Bersegera dalam kebaikan.
Setiap yang kita laksanakan akan mendapat balasan dari Allah swt dan segalanya untuk diri kita sendiri sebagai bekalan untuk kita berjumpa dengan Allah nanti. Setiap kebaikan yang kita salurkan di jalan Allah akan di beri ganjaran sebanyak orang yang mengikut amal tersebut, begitu juga sebaliknya.
Merendah diri sesama mu’min.
Firman Allah:
'Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka,' (mukmin)
Merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudaranya.
Mengangkat wajahnya dengan rasa IZZAH apabila berhadapan dengan musuh tanpa mengenal takut dan gentar. Sumber Izzah adalah hasil hubungan yang berterusan dengan Allah swt.
Tidak panjang angan-angan
Setiap detik hidupnya sentiasa mengingati saat-saat kematian. Hidup di dunia tidak lebih hanya sebagai pengembara (orang asing) yang sentiasa beringat-ingat untuk pulang ke negeri asalnya (akhirat).
Ibnu Umar berkata bagi pihak dirinya : Apabila kamu berada di waktu petang jangan kamu menunggu waktu subuh. Begitu juga apabila kamu berada di waktu pagi, jangan menanti-nanti waktu petang. Pergunakan masa sihat kamu sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum mati.
Umar Al-Khattab berkata; Di setiap hari orang memperkatakan kematian si ‘Fulan’ dan si ‘Fulan’. Nescaya suatu hari nanti mereka akan menyebut ; Umar telah meninggal.”
Kaya Jiwa dan Perasaan.
Bukanlah kekayaan sebenar mereka-mereka yang telah berjaya mengumpul harta yang banyak sebaliknya kekayaan sebenar adalah kaya hati dan perasaan. Mampu mengawal perasaan dalam apa keadaan sekalipun, serta tidak mudah melatah.
Menjalinkan persaudaraan kerana Allah.
Mengasihi seseorang kerana sifat-sifat yang ada padanya adalah yang dikasihi oleh Allah bukanlah ukhuwwah kerana mengejar manfaat duniawi. Ukhuwwah yang dapat merealisasikan daripada serendah-rendah martabat ukhuwwahiaitu berlapang dada sehinggalah ke martabat ‘ithar’.
Suatu kisah Ikrimah dan dua orang sahabatnya semasa peperangan Yarmuk, masing-masing dahagakan seteguk air. Apabila tiba giliran untuk meminum air tersebut belum sempat minum mereka serahkan kepada saudaranya kerana sayangnya kepada saudaranya sehinggalah mereka syahid tanpa meneguk minuman tersebut.
Begitulah tingginya martabat ukhuwwah para sahabat, begitu juga dengan diri kita yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat untuk mencernakan ukhuwwah yang sebenar.
Kesabaran.
Seorang hamba Allah yang bersabar dalam apa jua keadaan adalah suatu kemenangan dan kebahagiaan baginya.
Sabda Rasulullah saw ;'Amat menakjubkan sekali urusan hidup seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik belaka. Dan ini hanya ada pada orang yang beriman iaitu sekiranya dikurniakan kenikmatan dia bersyukur adalah mendatangkan kebaikan kepada dirinya. Sekiranya di timpa kesusahan dia sabar juga adalah suautu kebaikan untuk dirinya,'
(extracted from Badar21 forwarded email)
Wednesday, April 07, 2004
MASYAALLAH ANDA PELAWAT YANG KE 
SALWA
MARIAM_J
IKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
mencari redha Mu ya Allah
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah....
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dlm kaca dan kaca itu seakan2 bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barakahnya,iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat,yang minyaknya sahaja hampir2 menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kpd cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan2 bagi manusia dan Allah maha mengetahui segala sesuatu.."(An-Nuur:35)
Ukhwah fillah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu,bertemu utk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatnnya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan, ameen
:::BLOGGERS:::
I_SYA_ZSALWA
MARIAM_J
ISLAMI
IKRAM MALAYSIAIKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
Previous Posts

0 Comments:
Post a Comment
<< Home