Thursday, April 22, 2004

le tour de adelaide

le tour de adelaide

alhamdulillah pelancaran le tour de adelaide telah di rasmikan dgn rasminya oleh penunggang2 basikal amateur di adelaide..route yang menambil masa 1 jam setengah ke Henley Beach benar2 menguji ketabahan para perserta..

Programme Coordinator yang bersemangat di bantu oleh adik Huda wakil hebat negara Payneham telah keluar seawal tujuh pagi utk membeli pasta dan sardin utk membuat bekalan perjalanan..
Le tour de adelaide version akhawat benar2 manguji ketabahan para perserta yang sabar menghayun kayuhan..jalan yang sesak terutamanya di South Rd yang penuh dgn truck gergasi tidak mematahkan semangat kami utk ber rehlah bersama2..

Ada seorg peserta wakil negara airport hampir berselisih dgn truck gergasi du lampu merah...ana yang duk di belakang utk memastikan keselamatan peserta ter cuak seketika..alhamdulillah tak kena & jatuh..

Itu adalah antara cabaran para peserta yang mengikuti le tour de Adelaide kali ini..tapi perkara yang menarik hati lebih byk dari cabaran sebelas peserta yang mewakili negara masing2 benar2 menarik perhatian..barisan penunggan yang beratur panjang pasti akan mengundang senyuman kepada siapa yang melihat..

kata2 semangat daripada makcik dan pakcik yang tengah tunggu bas di tepi jalan menjadi pembakar semangat para peserta...hehe..support dari oz banyak di terima especially dari pemandu2 kereta yang berhemah walaupun ada peserta yang tak berapa nak confident lintas jalan dan di hon beberapa kali..adehh..tapi itu tidak mematahkan semangat kami..

sungguh..kesebelas peserta benar2 komited dgn kayuhan masing2 sehingga sampai ke henley beach..di sana..program di mulakan dgn sesi taaruf antara peserta setiap negara..ada seorg wakil negara klemzig yang datang..alhamdulillah..

selepas taaruf kami makan bersama2..kemudian main volley ball..terima kasih kepada anak kak ha kerana meminjamkan bola birunya yang comel..letih beriadah..kami duduk berehat sebelum solat zohor..alhamdulillah solat zohor berjemaah di tepi laut di kelilingi burung camar putih yang teringin sgt nak join solat sama..(depa nak food sebenarnya)..walaupun ramai oz kat situ tapi para peserta tidak segan silu utk solat di situ..alhamdulillah..mereka sudah ada keberanian..inilah Islam..walaupun ramai oz kat tepi pantai tu..buat selamba jelah yerk para peserta ..

usai solat..mereka teringin main air..sesi mandi laut..dan main air..usai main laut..kami duduk sejenak utk mengenangkan kesah sahabat..kesah mus'ab menjadi pilihan..oga kesah mus'ab menjadi pengajaran utk para peserta..(hubungan darah lebih penting atau hubungan akidah???something to ponder..)mungkin bila mengenangkan kisah mus'ab kita akan dapat jawapannya..

perjalanan pulang para peserta ikut route lain..route kali ini tembus city..lalu king william street masuk north terrace..masa lalu kat rundle mall..kami manjadi perhatian lagi..mungkin ini dakwah kami..ramai2 ke city dengan tudung berbasikal portray that islam is not about terrorism but islam is about peace..bila kami solat di tepi pantai..mat salleh tgk..depa nampak what is islam all about..islam is about peace..

emm..alhamdulillah..le tour de Adelaide dapat sambutan..mungkin boleh buat acara tahunan, insyaAllah :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home