Monday, April 19, 2004

Dia pergi meninggalkan kami

Perginya dia..sedih..tapi..perjuangan akan sentiasa di teruskan..insyaAllah TAKBIR!!

seawal 7 pagi kami pergi utk berkumpul beramai2 berusrah kali terakhir bersama dia..usrah di mulakan dengan post-mortem PML version akhawat secara ringkas dan mendengar azimat terakhir dari dia...entah mengapa..airmata ini senang sekali tumpah,,pertama kali aku melihat dia tiba dulu turut tumpah air mata ini..semalam kala aku mendengar suara dia memberikan peringatan demi peringatan..air mata ini tumpah lagi..air mata itu bukan tanda aku sedih dengan pemergian dia..tapi...air mata itu adalah utk Islam dan jalan dakwah ini..air mata yang datang dari hati ..air mata yang menyirami hati ini..air mata yag tersentuh dengan pelukan dia sebagai daie yang memeluk aku dahulu dan kini dan selamanya..airmata yang kagum dan bersyukur dengan ukhwah fillah ini..ya Allah satukanlah hati2 kami..ameen..

Teringat aku satu tika dulu..pertama kali aku bertemu dia apabila dia mengambil aku di Modbury hostel..di sana aku keseorgan..ketakutan mungkin..yelah bersendirian membelah lautan manusia di bumi OZ ..
Dia membawa ku ke sebuah hostel yang punya ramai Malaysian..dia memperkenalkan aku dengan usrah...aku bersyukur pencarian ku bakal berakhir....

Dia memperkenalkan aku dengan T..Dia yang menghantar kami berempat ke stesen bus tika itu..sebelum pergi dia memeluk kami..dengan pelukan seorg daie..Teringat aku kenangan di TK1..kami berempat wakil Adelaide...TK yang membuka minda ku..aku sgt bersyukur tika itu..dan aku membuat keputusan utk terus melangkah tanpa berpatah balik..insyaAllah..

Dia memperkenalkan aku dengan semangat..semangat dia kental..aku juga ingin begitu..kefahaman dia mantap..aku juga ingin begitu..pengorbanan dia byk..aku juga ingin begitu..sebut pasal pengorbanan..pernah satu tika..aku rasa lemas..lemas dengan suasana hostel yang tak baik..aku ingin lari lagi kerna tika itu aku rasa tidak mampu utk memerangi..pelarian yang kedua..aku pernah berlari dulu..berlari meninggalkan mereka mencari bia'h yang solehah..walaupun terpaksa bersendirian tapi tetap yakin dgn janji Allah..aku ingin keluar dari hostel itu walaupun tika itu org sibuk dgn exam dan aku sendiri dalam minggu exam..ana beritahu dia..dan dia berjanji utk tlg aku..dari house hunting hinggalah ke pindah rumah semua nya di bantu dia..bagaimana dia sanggup berkorban utk menyentuh hati kecil ini..
dia byk ziarah aku dulu..bila aku reflects kembali apa yang dia pernah lakukan kepadaku..kenapa ia buat begitu..kini..di saat ini baru aku nampak semuanya kerana ISLAM..semuanya kerana DAKWAH..betapa manisnya pengorbanan ..betapa manisnya dakwah itu bila kita melihat mad'u kita berubah..Tahun kedua perkenalan ana dengan dakwah..ana belajar melabuhkan baju..menjaga aurat dengan lebih peka ..

Dia juga yang ajar ana cara buat tudung labuh..dari pembelian kain hinggalah ke proses menjahit tudung labuh..dia tunjukkan padaku.. ada dua tudung yang di buatkan utk ana...kenangan..dan pengorbanan..dia mengajar aku akan erti perngorbanan dalam mencapai matlamat..insyaAllah aku dan dia punya matlamat yang sama..kamu juga punya matlamat yang sama sepertiku bukan??sama2lah kita melangkah..teruskan perjuangan..walaupun masanya masih panjang..tapi kita tidak boleh statik..kita kena terus bergerak..

doaku utk dia

moga dia terus istiqamah di jalan ini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home