Jiwa yang beriman
Memilih dan mengumpulkan para pemuda yang mempunyai sifat pintar dan berani kemudian mentarbiahkan mereka dengan pentarbiahan yang tuntas dan serius, merupakan dua rukun asasi dalam perancangan harakah Islamiyyah. Ia sebagaimana dinyatakan oleh Abu al-Hasan 'Ali al-Nadawiyy:
'Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.'
Gerakan Islam Hendaklah Menilik Dirinya Namun tarbiah ini bukanlah dilakukan secara membabi-buta. Antara ciri khususnya yang paling utama ialah ia menyahut seruan tuntutan marhalah dan menangani realiti ummat.
Pada setiap adab yang diserukan oleh Islam ada kebaikan, tetapi tenaga manusia yang mempunyai niat yang baik amat terbatas. Oleh itu, hendaklah ditentukan bahagian kebaikan yang manakah lebih penting, lalu yang lebih penting itu dan yang boleh memenuhi keperluan marhalah semasa dimulakan terlebih dahulu selepas melakukan analisis terhadap kekurangan yang ada. Hakikat inilah yang mewajibkan harakah Islamiyyah hari ini agar menilik dirinya dengan penuh pengalaman dan dalam khalwat pemerhatian agar ia dapat menentukan apakah kekurangannya dan membilang apakah aset yang dimilikinya. Ini mesti dilakukan agar nanti tilikannya terhadap manusia juga mendapat ketepatan daripada Allah swt, juga dapat menentukan apakah jalan yang harus ditempuhi ketika menghadapi persengketaan yang amat sengit ini.
Ia sebagaimana dinyatakan oleh Samnun, seorang zahid yang bijaksana ketika beliau berkata setelah ditanya berkenaan dengan tilikan (firasat) dan hakikatnya:
'Sesiapa yang menilik diri sendiri lalu dia dapat mengenali dirinya yang sebenar, maka benar dan tepatlah tilikannya pada orang lain juga.'
Ia adalah hakikat agung yang dibongkar oleh Samnun melalui beberapa perkataan yang sedikit sahaja. Beliau menyerahkan kepada kita untuk menerimanya sebagai titik tolak untuk kita melakukan tilikan yang kritis terhadap diri sendiri, agar kita dapat menentukan kedudukan kita yang sebenar dan dapat mengenalpasti apakah kekurangan kita. Kemudian agar kita dapat menukar tilikan (firasat) itu kepada kajian yang kita lalui dan gunakannya sebagai sumber yang tidak pernah kering kepada seluruh pendakwah dengan izin Allah. Lalu setelah menimba daripadanya, mereka menjadi para pendakwah yang mempunyai penuh kesedaran. Mereka adalah orang-orang yang benar berdasarkan kebenaran yang mereka bawa daripada tuhan mereka dengan menjaga segala titah perintahNya.
Dalam tempoh yang terdekat, sejarah menyaksikan beberapa bahagian harakah berada jauh daripada keseimbangan yang dituntut dalam melakukan takwin (pembentukan) dan tarbiah. Ada juga harakah yang memberikan tumpuan yang lebih kepada sesuatu sudut tertentu daripada sudut-sudut yang lain. Anda dapat lihat satu harakah di suatu tempat memberikan tumpuan yang lebih kepada sudut ibadat dan pembersihan jiwa, sedang harakah lain yang berada di tempat lain memberikan tumpuan yang lebih kepada sudut pemikiran, manakala harakah lain yang berada di tempat yang lain lagi memberikan tumpuan yang berlebihan kepada penyertaan dalam aktiviti politik seharian. Hasil daripada kepelbagaian tumpuan yang diberikan ini, lahirlah kepelbagaian pembentukan. Daripada kes-kes yang banyak berlaku, mereka yang terlibat menyedari bahawa aliran pentarbiahan yang menyeluruh dan seimbang, yang dapat menyempurnakan kekurangan mestilah dimulakan. Ciri-cirinya tercerna melalui penanaman hakikat-hakikat berikut:
- Kesungguhan melakukan solat dan mengukuhkan akidah.
- Beriltizam dengan adab-adab ukhuwwah.
- Gembira kerana dapat berkorban dan memenatkan diri seharian.
- Rindu kepada jihad dan mati syahid tetapi bukan dengan semberono.
- Berdisiplin dengan melakukan ketaatan.
- Mengurangkan pergantungan dengan dunia dan hanya menuntut sedikit sahaja daripada bahagian dunia.
- Menunggu-nunggu saat kematian dan melupakan angan-angan keduniaan.
- Cinta kepada Allah swt dalam keadaan penuh pengharapan yang digenangi dengan perasaan takut (khauf).
- Melakukan mufasalah (tidak bergaul) dengan orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
- Bersabar terhadap segala mehnah yang dihadapi.
Sesiapa yang dapat merealisasikan ciri-ciri di atas, maka dia menjadi salah seorang daripada batu bata asai (al-qa'idah ah al-sulbah) yang boleh dijadikan sebagai sandaran bagi sesebuah harakah Islamiyyah.
Friday, April 30, 2004
MASYAALLAH ANDA PELAWAT YANG KE 
SALWA
MARIAM_J
IKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
mencari redha Mu ya Allah
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah....
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dlm kaca dan kaca itu seakan2 bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barakahnya,iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat,yang minyaknya sahaja hampir2 menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kpd cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan2 bagi manusia dan Allah maha mengetahui segala sesuatu.."(An-Nuur:35)
Ukhwah fillah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu,bertemu utk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatnnya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan, ameen
:::BLOGGERS:::
I_SYA_ZSALWA
MARIAM_J
ISLAMI
IKRAM MALAYSIAIKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
Previous Posts

0 Comments:
Post a Comment
<< Home