HARI-HARI DI DALAM HIDUPKU
Ramai manusia kini makin leka.Leka dek momokan kesenangan hidup dan limpahan rezeki Allah di muka bumi ini tanpa menyedari yang rezeki Allah itu sendiri merupakan ujian dariNya.Impaknya, manusia sering salah jalan dek kelekaan mereka sendiri.
Jalan yang haq hanyalah satu iaitu jalan Allah s.w.t. Sementara jalan kebatilan itu adalah jalan yang bersimpang siur, di setiap simpang ada syaitan yang menunggunya, di mana ia menghiasi kesesatan mereka dalam kegelapan batil dan membimbing mereka kepada jalannya (syaitan).
Firman Allah Taala;
'Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Alah kepadamu agar kamu bertakwa'.
(Al-An'am: 153)
''Perkara yang paling susah adalah menarik orang-orang yang tertipu dengan kebatilan, lantas menggunakan kekuatan mereka dan orang yang berlagak sebagai Tuhan-Tuhan di muka bumi dari jalan kesesatan dan kejahilan mereka'', kata Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.
Kata-kata beliau membuat ana terpanggil untuk berkongsi bersama-sama pengalaman beliau bertungkus-lumus melalui jalan yang payah tapi ada kemanisan di penghujungnya; jalan dakwah, melalui buku hasil tulisan beliau, bertajuk Hari-Hari Di Dalam Hidupku.
Firman Allah Taala;
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi ) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar',
(At-Taubah: 111)
Zainab Al-Ghazali merupakan pengerusi Al-Markaz'am Jemaah Muslimat bahagian Mesir Al-Jadeedah di Kaherah. Jemaah Muslimat ini telah ditubuhkan pada tahun 1357 Hijrah (1936) untuk mengembangkan dakwah Islam, berusaha membentuk Ummatul Muslimah dan akan mengembangkan kemuliaan dan kedaulatan Islam.
Jemaah Muslimat ini hanyalah untuk Allah Subhanahu Wata'ala dan terus-menerus bagi Allah s.w.t dan sebarang pemerintahan sekular tidak berhak untuk menguasai muslimin.
Beliau menghadapi tentangan hebat daripada Jamal Abdul Naseer, presiden Mesir pada ketika itu yang berkeinginan untuk membubarkan Jemaah Muslimat kerana takut menggugat kekuasaannya di bumi Mesir.
Pada tahun 1964, kekejaman pemerintah Jamal Abdul Nasser sedang memuncak, sebahagian manusia yang terkemuka mengambil pendirian untuk berselindung dan berpura-pura. Mereka berpura-pura mengakui kekuasan taghut itu malah ada di kalangan mereka yang tergamak mengeluarkan fatwa-fatwa untuk menyokong segala tindak- tanduknya dan ada juga yang mendewakannya hingga ke taraf ketuhanan tetapi Jemaah Muslimat tetap dengan pendirian tegasnya. Sikap berselindung dan berpura-pura hanya terjadi di dalam Islam apabila akidah Islam telah hilang dan umat Islam telah terkeliru dengan agama mereka sendiri.
Zainab Al-Ghazali telah menganggap Jemaah Muslimat sebagai kehidupan dan identitinya dalam mencari keredhaan Allah. Hidup beliau adalah untuk Allah dan beliau tidak akan tunduk kepada taghut. Beliau mempersiapkan para pemuda dan pemudi Islam yang datang ke rumah beliau agar mereka tidak mungkin hidup kecuali dengan kalimah al-hak dan menyampaikan kepada orang lain. Kegiatan usrah di pergiat agar para daie tidak lupa dan sering di peringatkan akan tanggungjawab mereka dalam mengibarkan panji-panji Islam di dunia ini.
Walaupun begitu, pemerintah taghut tidak pernah lalai . Mereka sentiasa mengintip para du'at ilallah walau di manapun mereka berada. Mereka di ugut agar tidak mengadakan sebarang perjumpaan lagi.
Lihatlah betapa susahnya mereka dalam menegakkan kebenaran tika itu. Kita sewajarnya bersyukur kerana masih lagi dapat berusrah bersama-sama. Pun begitu masih ada lagi yang tebal dengan sifat malas untuk berusrah, kurang rasa bersyukur akan nikmat masa yang Allah berikan pada kita.
'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran'.
(Surah Al 'Ashr: 1-3)
bersambung lagi..
Thursday, April 29, 2004
MASYAALLAH ANDA PELAWAT YANG KE 
SALWA
MARIAM_J
IKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
mencari redha Mu ya Allah
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah....
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dlm kaca dan kaca itu seakan2 bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barakahnya,iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat,yang minyaknya sahaja hampir2 menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kpd cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan2 bagi manusia dan Allah maha mengetahui segala sesuatu.."(An-Nuur:35)
Ukhwah fillah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu,bertemu utk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatnnya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan, ameen
:::BLOGGERS:::
I_SYA_ZSALWA
MARIAM_J
ISLAMI
IKRAM MALAYSIAIKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
Previous Posts

0 Comments:
Post a Comment
<< Home