Bagaimana menyentuh hati @kiat2 memikat objek dakwah
Pagi itu lepas aku ketemu dia, dia suakan aku sebuah buku bertajuk Bagaimana menyentuh hati, @ kiat-kiat memikat objek dakwah. Kata dia buku ini antara buku favorite dia..emm..buat aku lagi semangat itu mengetahui akan isi buku kecil berbahasa indon ini :)Alhamdulilah tadi usai sudah aku menelaah buku itu..sambil tunggu bas, dalam bas bila
ada saja masa senggang..bait2 ayat buku itu akan menjadi tatapan mata berkaca mata ini..
Kata suya buku ini org panggil buku kiat-kiat..utk suya yang teringin sgt baca buku ni..ana bagi synopsis utk anti supaya anti tak sbr2 lagi nak baca buku ni.
Synopsis ana ni basicly apa yang paling menarik pada pandangan ana dalam buku ini..insyaAllah, utk di kongsi bersama antum antunna semua..semua menarik semuanya..tapi part ni ana macam tak rasa sgt kepentingannya la ni baru ana tahu penting kita hafal nama org ni..
“Waspadalah kalian terhadap firasat seorg mukmin, kerana ia melihat dengn cahaya Allah”
Penting bagi seorg daie utk punyai hati yang suci lagi bersih kerana dengan hati yang bersih kita dapat membentuk ikatan hati dikalangan pemuda/i islam..
Ikatan hati yang utuh akan dpt membantu kita dalam dakwah.
Tingkah laku seorg daie yg ikhlas mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat remote control yg dpt digunakan utk memilih rancangan tv begitu juga dgn seorg daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang. Tidak susah baginya utk memasukkan apa yang ada dl hatinya ke dlm hati org lain.
Apa yang menarik dalam buku ini adalah buku ini mengajar akan kaedah dalam kita berdakwah.Mungkin dapat membetulkan kaedah kita sebelum ni..wallahuallam..
Contohnya yang menarik, kepentingan menghafal nama. Ini adalah langkah awal dan benang pertama yg mengikat antara hati individu.
Cara utk menghfl nama:
· Tanamkan rasa ingin dan suka menghfl nama
· Ketika di awal perkenalan hendaklah kita ingat nama mad’u kita dan cuba gunakan namanya ketika berbicara
· Gunakan nama yang di sukai bila memanggilnya
· Semasa berkenalan kena ingat juga nama org yang kita berkenalan sebelumnya
· Perlu memerhatikan dan ingat rupa parasnya agar mudah utk berbicara bila bersua lagi nanti
· Tulis nama2 dan setiap kali bertemu hendaklah memanggil mereka dgn nama itu. Tulis surat atau emel utk menampakkan yg kita mengingatinya. Surat menyurat itu sendiri merupakan saranan dalam tarbiyah
· Ketika bertemu lagi hendaklah ingat bila dan di mana pertemuan sebelumnya supaya mudah kita mengingat namanya
· Berkenalan dengan seseorg merupakan pintu bagi anda berkenalan dgn teman2nya hingga anda mempunyai data nama yg banyak. Kita perlu berusaha agr nama2 itu lekat di dalam kepala.
Akan bersambung lagi...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home