Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah

“SIFAT MALU ITU BAIK SEMUANYA DAN TIAP-TIAP AGAMA MEMPUNYAI AKHLAKNYA DAN AKHLAK AGAMA INI (ISLAM) IALAH SIFAT MALU”, HADITS RASULULLAH S.A.W
Inilah keindahan al-Haq. Adapun sifat malu itu, di sinilah terletak keindahan orang yang pemalu, tetapi bersinar. Tatkala berkata-kata ia menarik dan menawan hati dan jiwa.
Manusia yang memberikan kebaikan (Al-Khair) ini, dia bercita-cita padanya dan menunggu-nunggu daripadanya. Jadi orang2 yg mempunyai bakat-bakat itu, mesti menjadi lilin untuk manusia dan menjadi pendukung dakwah (du’at) kerana mereka telah dikurniakan oleh Allah S.W.T sifat2 yg baik dan akhlak yg mulia. Mereka berdiri di pangkal jalan ar-Rahman yang memanggil manusia dengan kalimat Allah s.w.t:
وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ
Dan bahawa (yg kami perintahkan) ini adalah jalanKu yg lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yg lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya...(Al An'aam : 153)
Ya akhawat...
Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. Jadilah kamu sebagai hati bagi alam ini dan hidupkanlah dia dengan perasaan dan sentimen kamu. Sesungguhnya manusia itu adalah hati, ruh dan perasaan. Jika perasaan itu kurang dlm memberi pujian, maka itu bukan perasaan mutlak yg bebas tanpa ikatan dan batas. Sesungguhnya perasaan itu adalah denyutan, kesedaran dan kehidupan di mana mesti di ikat dgn usul syari'ah. Orang2 yg berkira bicara dengan perasaan jahiliyah, tidak akan berdiri di atas tapak yg sama dgn perasaan yg bersih suci yg menjadi rahsia hidup seorg muslim dan itulah rahsia hidup seorg muslimah dan itulah rahsia kewujudan rohaninya.
Benarlah kata2 imam kita, al imam al Syahid Hassan al Banna, rahimullah, mengetahui hakikat ini di dalam kata-katanya;
"Wahai saudara, Kekanglah urusan perasaan dengan pandangan akal dan sinarilah pandangan akal dgn nyalaan perasaan"
Sesungguhnya perasaan saudara yg muslim itu di ikat dan dipagari dengan taqwa Allah azza wajjala. Adalah tidak logik kalau kita mengepong dia atau jahil terhadapnya atau membunuhnya kerana dia itu adalah fitrah. Tetapi Islam yg agung telah datang membukakan pintu2 kebersihan. Kesucian dan kejernihan utknya. Tingkap yang terbesar adalah ungkapan "uhibbuki fillah ../ aku mencintai anda kerana Allah s.w.t". Inilah perasaan persaudaraan dan cinta pada Allah s.w.t menjadi sebesar2 bekalan di hadapan arus kebendaan yg melanda ini. Itulah juga makanan bagi perasaan yg kelaparan yang menimpa byk hati..
Ya akhawat..
Sesungguhnya para pendukung dakwah Allah s.w.t. kepada manusia, dia mestilah berada di puncak kebersihan. Dakwah yang ku cita2kan ku harapkan dari mu di masa akan datang, memerlukan kebersihan hatimu. Supaya hatimu dapat memberi dan menerima bersabar dan bertahan di dalam kesabaran, mudah mengampunkan dan bertoleransi, sanggup turun merendah diri ketaraf golongan yg lemah dan sanggup pula membawa mereka ke taraf org2 yg kuat, menghampiri manusia dgn perlahan2 supaya mereka tidak lari dan tidak membicarakan hak2 org lain kecuali dgn baik kerana anda mencari mereka utk dakwah..
فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat : 34)
Semuanya itu anak kuncinya adalah kebersihan hati. Inilah rahsia kejayaan. Sesungguhnya kita ini akan meninggalkan dunia ini satu hari nanti..Oleh itu, kita selalu di ajar utk mengucapkan selamat tinggal kepada hidup ini apabila kita telah menumpahkan dakwah ini kepada para pemudi yg bersih hatinya..Allah s.w.t. mengetahui bahawa sesungguhnya apabila kita mencintai dunia ini maka sesungguhnya kita mencintainya kerana dakwah Allah s.w.t..وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ
"dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati."( Luqman : 34)
Realisasikanlah cita-cita ini di dlm dirimu dgn membersihkan hati sesuci-sucinya..Bersihkanlah ia laksana kebersihan air yg ditanamkan oleh awan, sucikanlah ia seperti kesucian salji tatkala tiba menyentuh bumi...
Rujukan; Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah oleh ABBAS ASSISI

0 Comments:
Post a Comment
<< Home