Tuesday, June 06, 2006

sumber berita kita yang tak tsiqah


BACA INI DULU YERR..

http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1019&mode=&order=0&thold=0

"Media yang jujur dan profesional tidak akan besikap sedemikian. Hanya media yang pro-Zionis dan tidak profesional sahaja yang akan memanipulasi isu ini untuk pihak-pihak yang tertentu .."Dr Mahmoud Zahar, Menteri Luar Palestin.

Petikan Utusan Malaysia 6 May 2006;
Luar Negara
Gaji: Kakitangan Palestin serbu bank
BANDAR GAZA 5 Jun - Janji kerajaan Hamas untuk mula membayar gaji yang tertunggak selama tiga bulan kepada kakitangan awam menimbulkan kekeliruan meluas di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza hari ini selepas wang untuk tujuan pembayaran tidak sampai ke bank.
Kakitangan yang marah pula menyerbu bank manakala di kebanyakan tempat, ada yang melepaskan kemarahan yang meluap-luap.
Pihak bank berkata, kerajaan masih belum memindahkan dana, sebaliknya pengurusan bank sendiri memutuskan untuk memberikan wang pendahuluan bagi membantu meredakan keadaan.
“Mereka ini adalah orang yang tidak mempunyai wang untuk membeli susu. Ia tidak mempunyai kaitan dengan politik, ia adalah mengenai gaji,” kata anggota polis Raed Abu Ghoneima yang juga salah seorang penunjuk perasaan yang menyerbu cawangan Bank Arab di sini.
Sepanjang minggu ini, Menteri Kewangan Omar Abdel Razek berkata, kerajaan akan mendeposit sebulan gaji hari ini ke dalam akaun bank kakitangan awam yang berpendapatan rendah yang memperoleh RM1,177 (1,500 shekel) sebulan.
Seorang pegawai kanan bank berkata, kerajaan masih tidak mempunyai wang untuk memenuhi janji mereka tetapi telah memujuk bank mendahulukan pembayaran tersebut.
Persatuan Bank Palestin mengeluarkan iklan di surat khabar tempatan hari ini menyatakan bank masih belum menerima wang daripada kerajaan.
Hanya sebuah bank berkecuali iaitu Bank of Palestine yang kira-kira 10,300 kakitangan mempunyai akaun dan menerima gaji sejak semalam.

Dalam pada itu, militan Hamas menyerbu pusat kemudahan penyiaran Televisyen Palestin di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, menendang kakitangan stesen dan memusnahkan peralatan - berpunca daripada konflik antara puak Fatah dan Hamas sejak kebelakangan ini. (Nampak sangat pro-Fatah dan menunjukkan yang Hamas ada di pihak yang mengganas..berita ni bersumberkan Yahudi laknatullah..ini yang surat khabar bacaam rakyat Malaysia keluarkan..kenapa jadi begini??journalist kita malas ke..atau di kawal oleh musuh Islam!)
Ia juga dipercayai berkaitan dengan tempoh akhir 10 hari yang diberikan oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas kepada Hamas berhubung perundingan mengenai masa depan pelan damai dengan Israel.
Pusat penyiaran itu dikawal oleh Mahmoud.
- AFP(Sumber yang tak boleh dipercayai)


Yang ni boleh dipercayai..insyaAllah;
Gaji Kakitangan Awam Akan Dibayar Bulan Ini.Posted on Thursday, June 01 @ 11:27:45 MYT by admin gunxx writes "

Khamis, 01/06/2006 - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengumumkan bahawa pihaknya akan segera membayar gaji kakitangan awam dalam beberapa hari terdekat ini. Gaji tersebut akan diberikan kepada seperempat kakitangan awam Palestin yang belum mendapat gaji sejak bulan Mac.Penyataan ini dikeluarkan oleh Haneyya dalam perjumpaan mingguan di Gaza kelmarin. Beliau menegaskan bahawa kakitangan awam yang akan menerima gaji tersebut berjumlah 40,000 orang dan untuk sementara ini pihaknya akan hanya membayar satu bulan gaji sahaja.Berkaitan dengan dialog nasional yang baru-baru ini dilakukan Abu Mazen, Haneyya menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mendukung dan mendorong segala usaha ke arah kejayaan dialog tersebut. Pihaknya akan melakukan segala tindakan yang perlu dilakukan agar mencapai hasil yang diinginkan.

Namun begitu, Haneyya menolak senggang waktu yang sangat singkat untuk memperolehi kata sepakat dalam dialog tersebut. Beliau meminta diberikan masa yang mencukupi untuk memikirkan masalah tersebut. Beliau merujuk kepada tempoh waktu yang diberikan Mahmud Abbas, iaitu selama 10 hari kepada Hamas untuk menerima piagam yang ditawarkan kepara wakil tawanan Palestin di penjara-penjara Israel. Abbas mengancam jika Hamas tidak mahu menyetujui piagam ini, pihaknya akan mengadakan referendum rakyat.Sementara itu, Mahmud Abbas sekarang berada di Tunisia dalam rangka kunjungan selama tiga hari ke beberapa negara Arab untuk mendapatkan sokongan bagi mengatasi pemboikotan dunia antarabangsa terhadap kerajaan Palestin.

Note: sumber : COMES
penterjemah : osman "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home