Tuesday, June 13, 2006

KONSIS '06


RESOLUSI KONVENSYEN MAHASISWA NASIONAL (KONSIS 2005)

*Mahasiswa duat perlu mengukuhkan iman dan menguasai ilmu dalam segala bidang serta beramal dengannya

*Mengeratkan ukhuwwah dan mewujudkan jaringan dengan organisasi lain

*Mengurangkan sensitiviti wadah dengan betoleransi dalam perbezaan serta mengutamakn kesatuan fikrah dan amal

*Peka dan sensitive terhadap permasalahan umat islam seluruh dunia bukan sekadar hanya bertumpu kepada permasalahan umat di Malaysia sahaja

*Berusaha melengkapkan diri dengan ciri-ciri da’i dan berazam untuk menjadi da’i dan murabbi di kampus

*Bergerak secara jama’i tanpa mengabaikan kerjasama dan kesatuan dengan organisasi lain

*Dakwah di kampus sebaik-baiknya perlu bergerak melauli wadah rasmi yang berwibawa dan diterima oleh masyarakat kampus

*Setiap du’at memahami dan melaksanakan dakwah fardhiah kerana ia adalah tunjang kepada dakwah

*Istiqamah dalanm tarbiah dan dakwah hingga akhir hayat

*Menjadikan KONSIS sebagai platform dalam menyatukan wadah-wadah serta pengembangan medan untuk membina dan mempertingkatkan kerja dakwah serta mengadakan muhasabah dalam memastikan keberkesanan gerakan dakwah islamiah


Nantikan RESOLUSI 2006 yang lebih jitu dan mantap..TAKBIRR!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home