Wednesday, June 07, 2006

Dakwah dan Cinta Ke Jalan Allah








Apabila seseorang itu berada di atas jalan dakwah, ianya dituntut untuk meneguhkan ikatan dengan saudara-saudara lain yang bersama-sama dengannya. Memegang tangan saudaranya dengan pegangan yang penuh cinta, ikrab dan kasih sayang dengan sepenuh kekuatan tanapa melepaskannya di waktu kegawatan atau di waktu berkecamuknya fitnah dan ujian.

Ya akhawat fillah,

Salam Allah (s.w.t) kepada kamu: rahmat dan berkatNya kepada kamu. Manusia memperkatakannya kerana adat, tetapi kita mengucapkannya (as-salam) itu kerana kita merasakan ianya sebagai satu pengertian yang maha agung. Salam Allah (s.w.t) kepada kamu wahai kekasih; rahmat dan berkatNya kepada kamu..

Aku merasakan seolah-olah aku berada di dalam satu mihrab solat, di dalam kehalusan doa yang benar yang membawa cinta dan kasih sayang. Lalu spontan aku berkata di waktu aku berada di atas kemuncak keikhlasanku dan kesetiaanku kepada saudara: “Salam Allah (s.w.t.) kepada kamu dgn berkat dan rahmatNya”. Itulah doa yang sempurna yang ku doakan utk kamu dgn salam sejahtera dan berkat dari Allah (s.w.t). Itulah doa dari hati yang mencintaimu walaupun tanpa melihatmu..ketahuilah bahawa org yang paling ku cintai dalam diriku ialah orang yang ku lihat dengan hatiku di mana hati itu adalah perbendaharaan rahmat, cinta dan kehidupan.

Dialah juga yang membezakan dari yang lain, beza dari aspek kebaikan, kebenaran (haq), cita-rasa, keindahan dan rasa malu. Inilah wasiat yang pertama yang inginku kongsi bersamamu. Jadilah kamu satu penjelmaan utk kebaikan, utk al-haq, untuk perasaan, utk sifat malu dan utk keindahan. Sifat malu berkuasa menawan hati dan keindahan berkuasa menawan akal. keindahan yang aku maksudkan di sini ialah tampak jelasnya sinar jiwa tergambar pada keserian wajah.

سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). (Al-Fath:29)

Apabila akhawatku melihat kpd wajah-wajah mereka ini seperti demikian, maka bahawa merekalah petunjuk kepada al-hak dan an-Nur.

Firman Allah Taa'la:

نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka ( At-Tahrim:8)

FirmanNya Lagi;

أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ

yang bersikap lemah lembut terhadap org mukmin yang bersikap keras terhadap orang kafir (Al-Maaidah:54)

Inilah keindahan al-haq. Adapun sifat malu itu, di sinilah terletaknya keindahan org yang pemalu, tetapi bersinar. Tatkala berkata-kata, ia menarik dan menawan hati dan jiwa.

Benarlah Rasulullah pernah bersabda:

"Sifat malu itu baik semuanya dan tiap2 agama mempunyai akhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu".

Manusia yg memberikan kebaikan (al-khair) ini, dia bercita-cita padanya dan menunggu-nunggu daripadanya. Jadi org2 yg mempunyai bakat itu mesti menjadi lilin utk manusia dan menjadi pendukung dakwah (du'at) kerna mereka telah dikurniakan oleh Allah (s.w.t) sifat2 yg baik dan akhlak yg mulia. Mereka berdiri di pangkal jalan ar-Rahman yang memanggil manusia dengan kalimat Allah (s.w.t):

وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ

Dan bahawa (yg kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia dan jgnlah kamu mengikuti jalan2 yg lain kerana jalan2 itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. (Al-An'aam:153)