Tuesday, June 06, 2006

PoKok MaNgGis & BuDak keCiL

20 July 1996
Satu tarikh yang penuh bersejarah kerna pada tarikh itu seorg kanak-kanak bertuah telah dipilih oleh Allah utk menanam sebatang pokok manggis. Masih jelas di pemikirannya betapa dengan susah payah dia mengangkat pokok manggis di bantu oleh cikgu Sejarahnya. Lepas berjaya meletakkan pokok Manggis itu ke dalam lubang dengan susah payah dia mengambil cangkul dan menimbuskan tanah bagi mengambus akar pokok manggis ke dalam tanah..Dalam hati kecilnya berdoa moga pokok yang ditanamnya itu akan hidup subur menghasilkan buah-buah manggis yang masak ranum untuk di makan oleh pelajar-pelajar yang akan datang..

Setiap hari apabila dia melalui susur gajah untuk ke dewan makan..akan di jelingnya pokok manggis kesayangannya itu..Tiap petang pasti dia akan melawat pokok Manggis kesayangannya itu selepas keletihan beriadah di gelanggang squash. .Mengikut kata cikgu Yong guru Kemahiran Hidup yang banyak memberi tunjuk-ajar dalam menjaga pokok buah-buahan..kita perlu bercakap-cakap dgn pokok supaya pokok tersebut akan jadi lebih subur..emm..ada juga kadang-kala budak kecil tu bercakap2 dgn pokok manggisnya sambil menggemburkan tanah..bercucuran keringat membasahi dahi namun cangkul di pegang penuh kejap di tangan dengan semangat waja seoarang budak kecil yang tidak mengerti apa-apa..Pokok manggis si budak kecil mengadap surau sekolah..Mesti pokok manggis si budak kecil selalu dengar azankan??Selain menggembur, si budak kecil juga rajin letak baja kat pokok manggis..kata si budak kecil..pokok manggis pun kena makan makanan yang berkhasiat..selain disiram air..perlu juga di letak baja..

Si budak kecil pernah terfikir apabila dia mengukur ketinggiannya dengan ketinggian pokok manggis..Masa mula-mula tanam dulu, pokok Manggis sama tinggi je dengan budak kecil..tapi lama-lama..pokok manggis semakin tinggi meninggalkan budak kecil yang sentiasa kecil..emm..takpelah pokok manggis, bila awak tinggi ..awak makin merendang..bila awak rendang.bolehlah awak memayungi manusia-manusia yang kepanasan…bila ada org nak berteduh..pokok manggis jgn kedekut nak kasi org berteduh di bawah pokok manggis tau..(pesan si budak kecil)..

Penghujung 1999

Semakin hari pokok manggis semakin besar..begitu juga dgn si budak kecil..sedar tak sedar..si budak kecil pun sudah semakin dewasa..tak disangka..dia akhirnya akan meninggalkan pokok manggis..pokok manggis kena pandai jaga diri..sebab lepas ini budak kecil tak akan berada bersama pokok manggis lagi..pokok manggis jangan nakal-nakal..kalau semut dan kerengga nak tumpang duduk dekat pokok manggis, izinkan sahaja…tapi kalau sang lebah nak buat sarang kat pokok manggis, kena buat MOU dgn sang lebah supaya depa janji takkan ganggu manusia yang nak lalu lalang ke dewan makan atau yang nak gi solat ke surau..budak kecil sangat sedih..sebab..dia akan tinggalkan pokok manggis..Dia terpaksa tinggalkan pokok manggis kerna budak kecil nak pergi jauh menuntut ilmu di bumi yang banyak kangaroo..InsyaAllah, nanti bila budak kecil balik, budak kecil akan bawa sesuatu yang istimewa untuk pokok manggis dan untuk dunia ini insyaAllah..Pokok manggis tak sabar2 nak tahu apa lah yang budak kecil akan bawa utk pokok manggis dan dunia ni..Sabarlah pokok manggis, tunggu budak kecil balik dulu yer..Pokok manggis pun menanti akan kepulangan si budak kecil…

15 May 2006

Hampir tujuh tahun tidak bertemu, kerinduan semakin membuak-buak apabila kenangan mengetuk pintu hati si budak kecil..Bukannya si budak kecil lupa atau sengaja buat-buat lupa..tapi si budak kecil terlalu gembira apabila dia berjumpa dengan apa yang di cari-carinya selama ini di bumi kangaroo..lama budak kecil berdoa..lama budak kecil menangis dan merintih kepada Allah agar diberikan yang satu ini…dan akhirnya Allah yang pemurah lagi mengasihani memberinya kepada si budak kecil….si budak kecil sangat la gembiraa tak terkata..apa tidaknya, dia jumpa apa yang di idam-idamkannya..ibarat terjumpa lombong berlian di dusun sendiri..(peribahasa cipta sendiri)..dia mengambil peluang yang Allah berikan dgn sebaik-baiknya..Si budak kecil mengaut berlian dari lombongnya dan mutiara dari lautan Illahi utk di bawa pulang bertemu pokok manggis….Budak kecil dah semakin matang, budak kecil dah semakin tunduk kepada yang Esa..Barulah budak kecil sama dengan pokok manggis yang memang dari awal-awal lagi dah tunduk dan patuh pada Allah..Inilah hadiah utk pokok Manggis..Budak kecil sekarang dah sama-sama islam dengan pokok manggis..Jika pokok manggis memang Allah jadikan utk tunduk dan patuh kepadaNya tapi, si budak kecil dah PILIH untuk tunduk dan patuh kepada Allah sama macam pokok manggis..Inilah hadiah untuk pokok manggis..pokok manggis gembirakan!Mesti pokok manggis sangatttt gembira sampai pokok manggis rasa nak menangiskan??pokok manggis terlalu gembira sehinggakan tahun ini pokok manggis mengeluarkan buahkan??pokok manggis tahu ke si budak kecil nak datang lawat pokok manggis? Pokok manggis tahu…ooo..ada malaikat bagi tahu..sbb tulah pokok manggis sambut budak kecil itu dengan buah manggis yang baru berputik…Si budak kecil dan pokok manggis berpelukan kegembiraan kerana akhirnya kita di satukan di bawah aqidah yang satu..Alhamdulillahhirabbilalamin….