Monday, May 10, 2004

Masalah kebetulan dan sebab

MASALAH KEBETULAN DAN SEBAB

"Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu dengan ukuran yang rapi"(al-Qamar:49)

Ketetapan Allah adalah yang paling tepat sehinggakan setiap titisan hujan telah Allah tetapkan utk jatuh di satu tempat yang telah di tetapkan olehNya. Allah telah mentakdirkan sesuatu sehinggakan tiada kebetulan ddalam kehidupan manusia kerana ketetapan itu bercanggah dengan aqidah kita.Kenapa begitu ??kerana kita meyakini bahawa segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik kerana Allah adalah sebaik2 perancang dan peletak ketetapan. Betapa halusnya taqdir Illahi sehinggakan tiada kebetulan dalam kehidupan manusia dan makhluk yang lain.

"Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna" (al-Furqan:2)

Sehinggakan "Sebab" juga adalah kejadian Allah. Contohnya kesah Nabi Ibrahim dimana bila Allah meletakkan ketetapanNya pada waktu itu dengan menjadikan api tidak dapat membakar maka api itu tidak boleh membakar, sesuatu yang tidak dapat dilakukan selain Allah yang maha agung.

Kita juga harus meyakini bahawa doa tidak boleh mengubah sesuatu qada' dan qadar.Di sini tidak mengatakan bahawa doa itu tidak penting ..Ianya satu yang sgt penting cuma kita harus meyakini bahawa kita harus berdoa sesuatu yang terbaik utk kita tetapi harus di yakini bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita kerana dia adalah PELETAK KETETAPAN. Kerana Allah mengetahui apa yang terbaik utk kita dia menetapkan taqdir terhadap manusia. Mungkin ketetapan Allah itu tidak selari dengan apa yang kita inginkan dalam doa kita, walaupun begitu kita kena meyakini bahawa itu adalah ketetapan Allah..Ketetapan siapakah yang lebih baik selain daripada ketetapan Allah????

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka (iman)." (ar-Raad:11)

Doa tidak boleh mengubah tapi berdasarkan ayat di atas, Allah akan mengubah nasib kita sekiranya kita mengubah keadaan yang ada pada diri kita iaitu dengan meningkatkan keimanan kita kepada Allah memperkukuhkan aqidah kita..itulah tanggungjawab kita, insyaAllah Allah akan mengubah nasib kita kerana Dia yang meletakkan ketetapan yang terbaik utk kita.

Usaha dan natijah tak ada kaitan langsung..Kita meyakini ketatapan Allah adalah yang terbaik dan kita juga harus meyakini bahawa usaha dan natijah atau kesan tidak punya apa2 hubungan..Sebab usaha tidak dapat melahirkan kesan atau natijah..Manusia hanya layak berusaha (kita adalah hamba Allah..rendahkan lah diri kita di hadapan Allah sehinggkan kita hanya layak untuk berusaha) tapi kesan dan natijah adalah di tangan Allah..Ini adalah satu yang harus kita yakini..Kita harus meletakkan kesan dan natijah pada Allah ..Inilah pergantungan 100% kepada Allah..Dan kita wajib letakkan pergantungan-harapan kita hanya kepada Allah S.W.T.Tiada permohonan pertolongan selain kepada Allah S.W.T.

"Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan."(Al-Fatihah:5)

Apabila kita meletakkan natijah kepada Allah di sinilah konsep tawakkal bermula. Setelah berusaha kita hendaklah bertawakal kepada Allah dan meyakini bahawa ketetapan Allah adalah yang terbaik..Keyakinan ini akan memberi ketenangan kepada pemikiran manusia yang sering resah gelisah bila ketetapan Allah tidak selari dengan apa yang di ingini. Sesiapa yang meyakini bahawa ketapan Allah adalah yang terbaik dia akan meredhai ketatapan Allah..Adalah wajib utk kita meyakini bahawa ketetapan Allah adalah yang terbaik kerana Allah adalah pemegang segala natijah dan Dia lebih mengetahui segala sesuatu :)

Sehinggakan kehendak kita yang kita lafazkan dalam doa kita contohnya utk menjadi pelajar terbaik dan kita berusaha ke arah itu pun kekadang Allah letakkan ketetapan yang bertentangan..Kita gagal contohnya..Adakah kita nak meyalahkan Allah??Adakah kita nak rasa sedih??Adakah kita nak rasa bengang??Tak..kita tak layak nak rasa macam tu sebab kehendak kita tidah layak utk menjadikan sesuatu..usaha kita pun tak layak utk menjadikan sesuatu yang kita ingini..Yang paling layak hanyalah Allah yang maha kuasa..

Harus di ingat musuh kita yakni syaitan sentiasa memainkan peranannya.
Refer:

"Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan, sedangkan ALlah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari Nya dan Allah itu Maha luas pengurniaannya dan Maha mengetahui." (al-Baqarah:268)


Cuba lihat ayat paling panjang dalam al-Quran (2:282)

".........Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah maha mengetahui segala sesuatu."

Yang mengajar kita adalah Allah dan dgn ketakwaan kepada Allah, Dia akan membukakan satu pintu yang akan membantu kita mendapat keberkatan Allah.

Refer: (Maryam:23-26)

Usaha Siti Maryam menendang pokok kurma (pokok kurma ni besar macam pokok kelapa..kalaulah kita tendang atau goyangkan pokok kelapa boleh ke jatuh buah kelapa??tak boleh kan.macam gak pokok kurma kalau setakat goyang and tendang memang takkan jatuhnye buah kurma tu)

Tapi usaha Siti Maryam tu membuahkan kejayaan, buah kurma tu jatuh. Siapa yan menjatuhkan buah kurma itu kalau bukan Allah yang maha peletak ketetapan :) Jatuhnya buah kurma itu adalah natijah Allah S.W.T. Oleh itu gunakanlah ketakwaan kita kepada Allah sebagai alat utk mendapatkan ilmu (study) kerana Allah. Dan serahkan natijahnya bulat2 kepada Allah.

Kesimpulannya, Allah menjadikan semua benda dengan SUNNATULLAH. Satu daripada takdirNya.Allah menjadikan sunnatullah utk memudahkan manusia bukan menyusahkan cuma kadangkala manusia tiada kuasa utk nampak sebab dan musabab Allah meletakkan ketetapanNya.Manusia adalah hamba yang lemah sekiranya mereka tidak meyakini aqidah ini..Sebab itu adalah milik Allah dan Dia maha mengetahui atas segala sesuatu..

"Dan Allah itu berkuasa terhadap urusan Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."(Yusuf:21)

wallahuallam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home