Pejuang kecil di bumi Allah
salam ukhuwah fillah,Sedikit pengalaman ingin dikongsi bersama dalam sama-sama kita menyusuri jalan ini...
Pejuang kecil pulang dengan perasaan yang bercampur baur..sedih..takut..tapi sebenarnya jauh di sudut hati ada segenggam KEREDHAAN dengan ketentuan Illahi..Ini bukan satu kegagalan tapi adalah ujian..alhamdulillah pejuang kecil bersyukur kerana di pilih utk menjadi hambaNya yang di uji..Terima Kasih Allah..Alhamdulillah..
Al-Quran itu benar..Ianya membawa Al-Haq..Sesiapa yang meyakini akan Al-Quran dan berada di bawah lembayung Al-Quran..Kita akan menyelusuri satu jalan yang pernah ditelusuri oleh Rasulullah dan para sahabat..Itulah dia JALAN DAKWAH..
Ujian dari Allah jika di sirami dengan kesabaran akan membuahkan hikmah yang kita sendiri tidak nampak tapi akhirnya kesabaran itu akan membuahkan hikmah dari yang maha ESA..
Pengalaman ana pulang, di airport..Dihantar oleh housemate kesayangan..cik Nik Sha kiter dihantar dengan kereta penaham yang banyak berjasa walaupun sentiasa tut..tut..
Sampai di sana di sambut oleh adik2 seperjuangan yang manis2 berbaju kurung..sedih dan pilu menerjah hati tapi di gagahkan hati utk si pejuang kecil ini melontarkan semanis senyuman utk mereka..Seperti yang selalu aku lakukan tiap kali aku ke sana utk bertemu dan berbincang dengan mereka..ku niat kan dalam hati perjumpaan itu adalah kerana Allah dan aku harus senyum semanis mungkin utk mereka agar mereka jatuh cinta pada Islam dan Dakwah..Alhamdulillah..Hidayah Allah di hati mereka sekarang..Moga mereka terus istiqamah dan terus menjadi pejuang2 kecil seperti diri ini..Sahabat..moga kita sama2 dapat mewakafkan diri ini utk Islam dan Dakwah..kita perlukan islam..kita perlukan dakwah..
Jika kita ingin menjadi dai' illallah..kitalah yang harus mengikut rentak dakwah..bukan dakwah yang mengikut rentak dan kerenah kita..Dakwah akan meninggalkan kita jika kita tidak bersama dakwah..wallahuallam..(terkeluar tajuk sekejap)
Pegalaman di Airport:
Sedih sebenarnya kerana tak dapat ketemu sahabat se'perbincangan'..tapi tak mengapa, Allah taqdirkan malam sebelumnya ada perbincangan wida' utk ana..ana rasa yang itu sudah lebih mencukupi..dapat mengetahui luahan hati sahabat.
Buat housemate tersayang; Zila..Subuh itu sudah zukup utk ana meluahkan perasaan ana pada enti dan betapa teguhnya ikatan ukhuwwah fillah antara kita..Moga ukhuwah itu berkekalan hingga ke akhir perjuangan...ameenn..
Pemergianku di hantar dengan pandangan sayu para sahabat tapi masih sempat ku hadiahkan senyuman paling manis sebagai ingatan perpisahan walaupun hati menangis pilu (LA TAHZAN..INNALLAH HA MA ANA)
Di dalam perut kapal terbang ana tertarik hati utk membuka buku scrap hadiah adik2 "perbincangan" yang tersayang..Ana buka buku itu dgn bismillah..Gambar kami menjengah pandangan ana..sayu..tertampal kemas gambar kami..betapa ana akan merindui mereka..dakwah dan tarbiyah itu indah..
ku selak lagi helaian demi helaian ..luahan hati adik2 tersayang..luahan rasa terima kasih dan memori awal pertemuan kita menjadi nukilan mereka.Betapa sayu hati ini, tanpa d sedari mutiara2 halus mula mambasahi pipi..
Kehidupan dan pengalaman ana bersama mereka adalah satu pengalaman yang tak dapat ana lupakan..Walaupun sedetik ana rasakan tetapi semuanya adalah tarbiyah dari Allah..
"Pengalaman murabbi kehidupan"

1 Comments:
a'kum k.fiza...butiran air mata diri ini mtitis jatuh ke pipi...sedih sayu bila hati melarit terus pengalaman itu kerna satu hari ,pasti giliran diri ini pula menghadapinya walaupun masanya masih jauh....ukhuwah yang terbina atas dasar cintanya kepada Allah pasti terasa kemanisan yg tiada bandingan nilainya di sisi mahklukMya...tp adakah diri ini sudah sepenuhnya diserahkan kepadaNya tanpa ada ruang diserahkan untuk makhlukNYa,hidup matinya keranaNya lalu akan berpeluang merasai kemanisan yg didamba itu?...anshihiini(nasihatiku)ya ukhtiku,k.fiza...moga allah merahmatimu..jazakillah khaira
-dr 'perantau'(perindu lirik2nashid the zikr)
Post a Comment
<< Home