HUBUNGAN AKIDAH DAN HUBUNGAN DARAH
coretan dari hati moga turun ke hati,sungguh tautan hati yang Allah kurniakan kerana Allah jauh lebih utuh daripada tautan darah..Allah sentuh hati2 kami semalam..kiat2 menyentuh hati dari Allah..satu sentuhan yang luar biasa..berbeza dari sentuhan manusia, sentuhan hati dari Allah menggegarkan hati..menitiskan airmata yang menyuci titik hitam di hati itu sendiri..SUBHANALLAH..betapa agungnya Allah..
hati yang bertaut kerana Islam adalah yang paling indah..hubungan atas dasar aqidah dan kalimah yang satu; LAILAHAILLALLAH! kalimah yang meletakkan satu tanggungjawab agung di bahu pelafaznya, AMANAH UTK MEMBUKTIKAN SYAHADAH..
usai solat jemaah semalam bersama seorg sahabat, Sahabat meminta di berikan tazkirah pendek..Ana terkedu seketika, berfikir sejenak dan berdoa di dalam hati moga Allah berikan ilham yang terbaik utk ana sampaikan tazkirah maghrib itu..suasana damai dan sunyi di bilik ana..ana berfikir sejenak..sambil berdoa di dalam hati moga Allah permudahkan apa yng ingin ana sampaikan...Teringat kata seorg sahbat, biarlah tazkirah itu dapat menyentuh hati org yang mendengar,,berfikir akan tajuk yang dapat menyentuh hati sahabat ana ini..
Segala puji bagi Allah yang mengetahui segala isi hati,
"Sesungguhnya Allah amat mengetahui segala isi hati.Apakah Allah yang telah menciptakan (kamu) tidak mengetahui (isi hati kamu), sedangkan Dialah yang maha halus dan maha mendalam ilmuNya." (al-Mulk:13-14)
Ana menyeru agar kami kembali kepada fitrah Islami, bercerita perihal semua manusia yang memang pada hakikinya islam (tunduk dan patuh pada Allah) tapi tidak mahu memilih utk kembali kpd fitrah islami..Hakikatnya seluruh jasad manusia itu telah islam sejak mereka dilahirkan lagi tapi..hati mereka tidak di saluti dengan aqidah islam yg sebenarnya ibarat emas yg berharga sebaliknya mereka menyaluti hati mereka dengan salutan kufur yang keras, hitam lagi kotor!
Kesimpulan dari tazkirah ana, dalam kita membuat pilihan dlm kehidupan kita yg sedetik ini, dalam usaha kita mencari redha Illahi jgn sekali2 kita lupa utk memastikan apa sahaja pilihan yag kita pilih hendaklah selari dengan islam (tunduk dan patuh pada Allah). Tanya pada diri adakah aku mengembalikan fitrah mulut in yg seadanya Islam bila kita berbicara pasal org lain (mengumpat)..Atau kita niatkan apa yang kita bicarakan utk membetulkan keadaan (amar maaruf nahi mungkar)..yang pertama tidak mengikut fitrah tapi yang kedua, kita selarikan fitrah mulut dgn islam..
Contoh lain, tangan ana yang sedang menaip ini, adakah ana memilih utk chat dgn yang bukan mahram dan bercerita perkara lagho atau ana memilih utk mencoretkan peringatan buat diri yg lemah ini dan peringatan kpd mereka2 yg sudi menjengah ke blog hamba Allah yg kecil ini..
Selepas tazkirah, Allah mula menyentuh hati-hati kami..sahabat tidak menyangka bahu yang kecil ini, senyuman yang Allah ukirkan di wajah, keceriaan yang Allah bagi pada ana, di sebalik itu terpalit satu kisah sedih yang menitiskan air matanya..sungguh dia tidak menyangka semua itu..dan aku sendiri tidak pernah sedar bahawa ianya adalah suatu yang berat bila dia membandingkan dengan kehidupan yang sahabat miliki..Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati sahabat fillah utk bersyukur kpd Allah, bersyukur dan terus bersyukur..
Inilah dia hubungan dan ikatan aqidah. Hubungan yang wujud bila seseorg itu tunduk dan patuh pada Allah dan meyakini akan sunnatullah..Perasaan yang akan memberikan ketenangan kerana seluruh pergantungan di letakkan kepada Allah..
Hubungan yang bilamana kita sama2 ingin kembali kepada fitrah islam dan seiring dengan alam sekeliling yang bersama2 islam (tunduk dan patuh pada Allah). Yakin bahawa undang2 yang kita yakini iaitu dgn berhakimkan kepada Al-quran dan sunnah adalah selari dgn apa yang di patuhi oleh alam sejagat..Dengan hidayah Allah kita bersama2 membetulkan fitrah diri kembali kpd fitrah islam..
Hubungan dan ikatan aqidah ini akan membentuk satu kelompok masyarakat yg rabbani, di bawah peraturan2 yang melahirkan aqidah yang indah dan menautkan hati atas dasar aqidah yang indah itu..subhanallah :)
Inilah kita, sahabat, masyarakat yang saling berkasih-sayang kerana Allah, yang meredhakan hati2 yang diselaputi dgn selaput aqidah islam utk bertaut dan diikat dan di simpul mati dengan ikatan yang satu iaitu dgn tali hubungan aqidah, di mana leburnya hubungan2 bangsa, negara, bahasa dan warna kulit even hubungan darah! Inilah kita masyarkat yang mematuhi perintah Allah.
"Sesungguhnya org mukmin itu bersaudara." (Al-Hujuraat:10)
"Bandingan perpaduan org2 Mukmin dlm hubungan salin mesra mereka, hubungan saling kasih dan saling simpatimereka sama dengan perpaduan sebuah jasad, jika mana2 satu anggotanya sakit, maka seluruh jasad akan berjaga dan mengidap demam kerananya."
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home