Wednesday, May 26, 2004

di luar dan di dalam

di luar dan di dalam

Ada tak berbezaan antara luar dan dalam??dari segi bahasa berbeza, dari segi logik pun berbeza sebab kalau kita berada di luar rumah suasananya lain dari berada di dalam rumah..luar dan dalam adalah dua benda yang berbeza..kalau di tanya pada Aliff(adik ana yang berumur tujuh tahun tu) apa kata lawan bagi dalam, dia akan jawab tak dalam (kalau dia nak jadi lawyer buruk la) or kalau dia tak main2 dia akn jawab luar.

ana surfing tadi..lihat sendiri waqi' di Malaysia..memang ramai yang bekerja..tapi ramai juga yang hanyut.Terlintas di hati..pandangan org yang melihat dari luar malaysia pastinya berbeza dgn org yang berada di dalam malaysia..Dari luar ana lihat..Malaysia begini dan begini..dari dalam??wallahuallam..

Tapi ana takkan selamanya begini..Bumi Malaysia akan kembali menyambut kepulangan hamba Allah yang kecil ini tahun depan..InsyaAllah..Kembali nya ana ke sana sekali lagi tanah air ana berubah..Medan juang juga berubah..Suasana juga berubah..Tidak lagi berada dalam comfort zone (Melbourne dan Adelaide+ Negara Islam Wills (tak ketinggalan)..

Dari luar ana nampak medan di Malaysia lebih besar..cabarannya lebih banyak dan memeningkan..emm..Ya Allah berikan aku kekuatan..

Tapi byk hikmah kita berada di luar..Di luar(comfort tarbiyah zone, pembentukan/tarbiyah lebih tersusun dan terfokus..Moga kami dan mereka yang berada di luar dan di dalam terus istimah di jalan ini..ameen :)

konklusinya, perlu ada link antara yang di luar dan yang di dalam ..dan perlu juga ada hubungan atau uhkwah fillah antara yg di luar dan yang di dalam..Kalau kami yang di luar sanggup menjemput adik2 baru di airport kerana Islam dan dakwah bila pertama kali mereka menjejakkan kaki ke luar..Mengapa tidak org yg di dalam menggunakan methode yang sama menarik org yang kembali ke malaysia dari luar utk sama2 bergerak mencapai matlamat yang sama..Pasti lebih mudah kerna kebanyakan yang kembali adalah mereka yang faham..Kalau tak di tarik..mereka2 ini akan gugur di jalanan..dan tengelam dek arus nauzubillah..

Matlamat kita sama..TAKBIR!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home