Saturday, May 29, 2004

Dengan nama Allah

Dengan nama Allah aku menulis..

Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapat keredhaanNya
Moga segala urusan dipermudahkanNya
Agar sentiasa dalam kebaikan

Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada

Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa ke syurga
Amalan buruk menempah neraka

Hanyalah iman, amal dan juga taqwa
Menjadi bekal dalam hidup kita

Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerjasama
Rezeki yang ada dihulurkanlah derma
Terjalin hidup harmoni bahagia

Hati ini banyak rahsia..jarang aku ingin berkongsi cerita tambah lagi perihal diri dan peribadi kepada org lain...jarang sekali aku bercerita tentang sesuatu yang pincang..jarang sekali ku lukiskan bebanan dan tanggungan di pundak ini di wajah ...hanya sekadar senyuman yang terpalit..senyuman kerana Allah..Moga aku tetap tabah..Allah tahu akan kemampuan kita insyaAllah akan terus tabah melangkah..:)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home