Sunday, May 30, 2004

islam

islam

Apa itu islam?islam, dari segi bahasa bermaksud tunduk dan patuh. islam diturunkan utk semua umat manusia, bukan seperti agama2 lain yang majoritinya utk kaum atau suku tertentu.

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan kpd anak2nya, demikian juga Yaakub. Ibrahim berkata, Hai anak2ku!Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka jgnlah kamu mati kecuali dalam islam."(2:132)

"Adakah kamu hadir ketika Yaakub hampir mendekati maut, ketika dia berkata kpd anak2nya, Apa yang kamu sembah sepeninggalan ku? Mereka menjawab; Kami kan menyembah Tuhanmu dan tuhan nenek moyang mu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang maha esa dan kami hanya akan tunduk dan patuh kepadaNya."(2:133)

Jelas daripada dua ayat di atas bahwa ISLAM adalah agama nabi2..

islam adalah tunduk dan patuh kepada Allah. Bila kita tunduk dan patuh kepada Allah maka kita hendaklah mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Sekiranya kita ingkar..maknyanya kita tak tunduk dan patuh seratus peratus..Maknanya kita tak ISLAM lagi..emm..boleh terima tak statement tu?fikirkan..

"Maka apakah mereka mencari agama yg lain dr agama Allah, padahal kepadaNyalah berserah diri segala apa yg di langit dan dibumi, baik dgn suka mahupun terpaksa dan hanya kpd Allah lah mereka kembali."(3:83)

Berdasarkan ayat di atas, mmg jelas bahawa semua makhluk di dunia ini adalah ISLAM..Mereka semua tunduk dan patuh kpd Allah..Contohnya matahari dan bulan semuanya mengikut sunnatullah..Tunduk pada ketetapan Allah..Jantung yang berdegup juga mengikut sunnatulah..Mungkin satu hari nanti jantung yang berdegup dalam diri ini akan berhenti bila Allah arahkan ia utk berhenti..Ianya tunduk dan patuh pada Allah.

Istimewa bagi manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, Allah jadikan dalam diri manusia dua jenis islam, islam ijbari (terpaksa) dan islam ikhtiari (pilihan). Hanya manusia sahaja yang punya islam pilihan..Tidak seperti makhluk lain yang islam ijbari..Manusia dikurniakan akal utk memilih sesuatu yang mengikut fitrah atau yang bertentangan dengan fitrah..Secara fitrahnya semua anggota badan manusia ni islam.Walaupun seorg tu kafir, tapi anggota badannya tetap islam..Apatah lagi kita yang dilahirkan sebagai seorg muslim, pastinya kita punya keduanya islam ijbari dan ikhtiari..Kesemuanya harus selari dgn fitrah kita yang asal iaitu tunduk dan patuh kepada Allah..Seorg yang kafir tidak mengikut fitrah islam dari segi pilihan kerana dia memilih utk tidak mengakui akan hakikat ketuhanan yang sebenar sebagai seorg yang islam(tunduk dan patuh pada Allah)..Tetapi semua anggota badannya masih mengikut ketetapan Allah secara ijbarinya islam..

Pernah tak korang terfikir, adakah kita ni sudah benar2 mengikut fitrah islam..adakah anggota badan kita mengikut fitrah islam..beruntunglah org2 yang boleh memilih utk mengikut fitrah utk islam..Contohnya, tak kasihan kah pada telinga yang pada fitrahnya tak redha utk mendengar lagu2 lagho yang sering di kumandangkan utk di dengar??
Tak kasihankah pada mulut yang sering melafazkan doa tiap kali kita baca mathurat,

"ALLAHUMMA, sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah penglihatanku.."

Tapi kita masih lagi mendengar lagu2 yang melalaikan, melihat cerita tak bersesuaian utk di lihat oleh mata yang islam pada fitrahnya..Kasihan mata dan telinga dek manusia yang tak reti nak memilih sesuatu yang mengikut fitrah islam; Tunduk dan patuh pada Allah.Mata telah tunduk dan patuh pada Allah, pasti mata dan telinga menginginkan manusia memilih perkara yang mengikut fitrah utk di lihat dan didengar..cuma yg boleh memilih utk mata dan telinga mengikut fitrah adalah manusia..Tak kasihan pada mata dan telinga..??Bila kita melihat dan mendengar benda lagho, pasti mata dan telinga tak redha..sebab depa islam ijbari, cuma manusia pilih perkara2 yang bertentangan dgn fitrah utk dilihat dan didengar..

Sahabat.kembalilah kepada fitrah kita ..Kembali lah kepada islam.Tinggalkan jahiliyah..

Ana hanya boleh mencoretkan peringatan tapi hidayah Allah hanya di tanganNya.

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya utk (memeluk agama) islam. Dan barangsiapa yg dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah2 dia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada org2 yg tak beriman."(6:125)

P/s semua perkataan islam di atas menggunakan huruf kecil sebagai permulaan ayat, bukannya Islam kerana islam adalah kata kerja iaitu tunduk dan patuh.Tapi Islam kata nama utk menggambarkan hanya sekadar agama Islam..Sebab ramai di kalangan manusia zaman ni yang hanya sekadar Islam tapi tak islam. (Harap dapat memahami setelah membaca apa yang di tulis di atas). Sama2 lah kita islam dan kembali kepada fitrah islam. Takbir!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home