Tuesday, May 23, 2006

Alhamdulillah, Allah itu maha besar. Hari ini, salah seorang office mate ana meluahkan isi hatinya yang sebenarnya inginkan Islam..Walaupun secara berkias..Ana mula membuat industrial training di sebuah syarikat korporat di Lembah Tengah. Pada hari pertama, ana sakit kepala memikirkan apa yang boleh aku lakukan apabila melihat biah tempat kerja ku yang tidak seperti yang di jangka. Sering bertanya dan meminta pandangan akhawat lain bagaimana kita ingin berdakwah kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita dan masih jahil tentang Islam. Dari segi aurat dan ibadah…punca asalnya adalah lemahnya Aqidah…

Minggu kedua ana berpeluang ke Jakarta dan bertemu dengan akhawat2 di sana..Sempat jua bertemu dan kak U walaupun seketika dek kesibukan dan kecemburuan masa terhadap manusia. Apa yang paling menyentuh hati ana adalah perbualan ana dengan seorg ukhti berumur 27 tahun, masih single dan bertugas sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Sungguh mulia tugas beliau. Katanya, setiap kali sebelum masuk ke kelas, dia sering membacakan doa rabitah dan membayangkan wajah2 setiap anak muridnya kerna katanya, murid2nya adalah mad’unya. Beliau akan sentiasa mengambil peluang bila ada kesempatan utk menyampaikan Islam kepada anak-anak muridnya. Alhamdulillah, cara tersebut berkesan.

Mengingatkan cerita Embak Nita (guru wanita tersebut), ana cuba mengamalkannya membaca doa Rabitah sambil membayangkan wajah-wajah office mate ana..Dan alhamdulillah, mad’u A yang berumur sekitar lewat 30-an, sudah berumah tangga, mempunyai beberapa orang anak telah dating bercerita kepada ana yang dia ke surau rumahnya semalam utk mendengar ceramah daripada bekas mufti negeri. Dia kesana dengan niat utk menambah ilmu agama, tapi kesal kerna apa yang di sampaikan lebih kpd mengutuk kerajaan etc. Katanya, dia inginkan ceramah yang dapatkan menambahkan ilmu agamanya..emm..akhirnya Allah bukakan pintu hatinya..Apa agaknya yang boleh aku lakukan ya?? Ya Allah, kurniakan ilham..ya! rasanya ana nak hadiahkan buku yang berkaitan dgn islam dan aqidah kepadanya..buat permulaan..
Mungkin sebenarnya, dalam hati dan diri seorg wanita yang di besarkan dgn keadaan yang tidak membolehkan dia membesar dgn Islam yang sebenar menyebabkan dia menjadi begitu..betullah, dai’ x boleh pilih mad’u dan kena sentiasa melihat manusia lain dgn pandangan kasih sayang. Jika melihat org memakai skirt pendek dan baju yang menjolok mata..JANGAN kutuk dgn mulut tapi dakwahlah dengan kasih sayang kepada mereka kerna mereka adalah ORG YG TIDAK TAHU...dan sayang sekali kurang dai’ yang ingin menyampaikan kepada mereka..Jangan di akhirat nanti mereka menunding jari kepada kita mengatakan kita tidak menjalankan tanggungjawab kita menyampaikan kalimah LAILAHAILLALLAH kepada mereka..nauzubillah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home