ya rijal...ya rijal..
realiti pemuda dan pemudi islam di Malaysia amat menyedihkan..berjayalah perancangan Barat (zionist to be direct) dalam meng'anak kijang'kan remaja kita yang sebenarnya anak-anak singa yang garang.. Remaja kita hari ini ibarat anak-anak singa yang tak sedar dan tidak menyedari bahawa mereka adalah singa-singa yang garang..nenek moyang anak-anak singa ni pernah menjadi raja rimba suatu ketika dahulu..pernah menguasai 2/3 rimba dan menundukkan haiwan-haiwan(bukan mengiyakan teori darwin..hehe..sekadar monolog) lain di bawah satu aqidah yang satu yakni ISLAM..rimba tunduk dan patuh pada Allah dan singa-singa Islam menegakkan Islam ke serata rimba..Tapi sayang..suatu ketika bila raja rimba ditaqdirkan sakit, lemah dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1924, pelatih sarkas telah datang dan mencuri anak-anak singa Islam lalu di bentuk dan dilatih seperti kijang..di ajar melompat gelung rotan..di ajar tunduk dan duduk bila di suruh..bila anak-anak singa ni mengikut arahan pelatih sarkas..dia akan diberi daging..akhirnya..masa yang panjang menjadikan anak-anak singa menjadi anak-anak kijang yang lemah, pengecut dan tunduk kepada pelatih sarkas.. sebenarnya..pelatih-pelatih sarkas ni ada matlamatnya..mereka nak menguasai rimba dan mendapat keuntungan melalui pembalakan..rimba yang diduduki anak singa penuh dengan balak-balak emas yang berharga..seluruh rimba memerlukan balak emas.. cara mereka mudah..mereka musnahkan raja rimba dan latih anak-ank singa menjadi anak kijang sehingga tidak akan wujud lagi anak-anak singa garang..yang menegnal erti JIHAD..yang dulunya menegakkan kalimah Allah.. sekarang..apa yang anak-anak singa tahu adalah..mawi..mawi..world..world..bagaimana anak-anak singa ni boleh terpukau ye..hebat sungguh perancangan pelatih sarkas.... (bersambung)
monolog diambil dari pembacaan penulis apabila membaca muntalaq

0 Comments:
Post a Comment
<< Home