Monday, May 16, 2005

Penubuhan IFC

Artikel yang saya terima melalui forwarded email. SANGAT PENTING bagi insanyang mengaku Muslim serta beriman kepada Allah dan hari akhirat.

PENUBUHAN IFC

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC ? Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council ofBuddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun MajlisPerundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melaluimemorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHSialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuatmenyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinyaseperti berikut:

(a) Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandumdaripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRCberjalan dengan lancar.

(b) Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.

(c) Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakandengan tema 'Kebebasan Beragama'.

(d) Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRCdiadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripadaterlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4, JUST danSisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orangawal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters InIslam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

(e) Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRCdiadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telahmelantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahlijawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

(f) Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikhJanuari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakalmerugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukanIslam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnyasecara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklahdiberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dantidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidaksepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan olehmahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslimbahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranyaingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluardaripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islamtanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya denganmemeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaandengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut hartapesakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina danmenyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaanmenyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkanpembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanyaperaturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalangdaripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dansebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnyadibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajardi semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaumhendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklahdibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikandaripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakatMalaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jikaditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

(a) Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri halehwal agama Islam.IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orangbukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkanagama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan ? Freedom of religion(Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dantidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untukdisesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhakuntuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampaimempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amatbahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikanoleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

7(b) Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-normaantarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

§ Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948.
§ Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadapwanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995).
§ Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
§ Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dandiskriminasi berasaskan agama.
§ Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan,sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
§ Deklarasi Vienna dan plan tindakan.Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecualiyang dinyatakan sebaliknya.

IFC menuntut supaya agama mestilah mengikutketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidakmembezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturanuntuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsatersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yangbertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud,Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidahseorang Muslim.

(c) Orang Islam bebas melakukan apa sahajaManusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebasmelakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masihboleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama.Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

(d) Orang Islam bebas untuk murtadDeklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orangmempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasukkebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagaiseorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia.Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnyakeluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

(e) IFC berhak menentukan status agama seseorangSeseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalahbukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agamaIslam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseoranguntuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasansuatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskankeharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap PM dan menteri?

Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cumaditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa KaukusParlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato' SriMohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakatbersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia.Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak bolehdigunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket "hak asasi manusia". Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

8. Apakah kaitan IFC dengan Islam Hadhari?

Islam Hadhari menekankan kemajuan kebendaan dan mengenepikan pembinaanmanusiawi. Persoalan moral bukan keutamaan. Apa sahaja perlu dilakukan demikemajuan kebendaan. Penganjuran konsert, pengabaian terhadap pelaku rasuah,membiarkan pencerobohan terhadap kesucian agama, tidak konsisten denganamalan Islam, anti sekolah agama dan tiada pembelaan terhadap mereka yangberusaha menegakkan agama membuktikan semua itu. Islam dikesampingkan. Kitamenyelar tindakan para menteri yang beragama Islam menyokong kuat penubuhanIFC. Sikap sebegini menjadikan mereka yang anti Islam lebih beranimelakukan tindakan pencerobohan terhadap Islam. Islam Hadhari yang membukapintu kepada tertubuhnya IFC.

9. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap pemerintah yangbersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannyabukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan.Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home