ya ummati..ya ummati..ya ummmati..
adakah ini pendirian kita?sempadan negara telah memisahkan kita..walaupun saudara kita sendiri di aniaya di selatan thai..bergembiralah wahai zionist..perancangan mu menyerang pemikiran umat ini berjaya..umat islam di belenggu di sempadan negara kita..Keranamu Malaysia..aku tidak mahu campur tangan..aku tak mahu keamanan Malaysia tergugat dek campur tangan kita dalam hal ini..peace for Malaysia..Malaysia only..asalkan rakyat malaysia aman bahagia sudah..aaahhh...apa sudah jadi????ya ummati..ya ummati..ya ummati..jadikan aqidah kita titik kesatuan ummah..bukannya sempadan negara menjadi pemisah ukhuwah..ya Allah..selamatkan saudara2 kami di selatan Thai..Berikan mereka kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi mehnah ini yaAllah..
KL tidak campur konflik selatan Thailand - Najib
Oleh: RUHAIDINI ABD KADIR
KUANTAN 24 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan, Kuala Lumpur tidak akan campur tangan dalam konflik keganasan di selatan Thailand yang semakin meruncing dan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.
Bagaimanapun menurut Najib, Kuala Lumpur bersedia memberikan kerjasama kepada Bangkok dari segi maklumat dan sebagainya bagi membantu Thailand mencari penyelesaian konflik itu.(kita bekerjasam dengan orang yang menindas..bukannya membantu mereka yang memerlukan..)
``Kita tak boleh campur tangan dalam urusan dalaman negara Thailand. Cuma kita berharap mereka akan berjaya memulihkan keadaan di selatan Thailand.
``Kita boleh (beri) kerjasama dari segi memberi maklumat dan sebagainya kepada mereka. Lebih daripada itu, kita tak boleh lakukan sebab kita mesti menghormati kedaulatan negara Thailand,'' katanya.(menghormati kedaulatan negara Thailand walaupun mereka tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, melakukan kezaliman kepada umat Islam di Selatan Thai..adakah kita ingin melihat peristiwaTa' Bai berulang kemabali..Ya Allah..ku mohon perlindungan dari Mu utk saudara kami di sana..)
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bina Ummah dan Kursus Penghayatan UMNO Pekan, di Cherating dekat sini hari ini.
Seminar tiga hari bermula hari ini dan disertai 200 peserta itu dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama Biro Latihan UMNO Bahagian Pekan.
Najib yang juga Menteri Pertahanan ketika diminta mengulas mengenai pergolakan yang masih belum reda di wilayah itu berkata, Malaysia akan meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi membanteras kemasukan pelarian di sempadan Malaysia-Thailand.( "negara aku negara aku..negara kau..negara kau.."apa sudah jadi??)
Mengulas mengenai laporan yang menyebut sekumpulan wartawan Malaysia telah dibawa tentera Thailand ke selatan negara itu untuk bertindak sebagai perunding, Najib berharap, pihak media lebih sensitif mengenai perkara itu.
``Kita tidak mahu disalahtafsir oleh pentadbiran di Bangkok. Kita kena sensitif juga, perkara ini boleh mengakibatkan salah faham di peringkat pimpinan di Bangkok,'' katanya.
Dalam kejadian terbaru, wartawan Malaysia telah dibawa tentera Thailand ke selatan negara itu untuk bertindak sebagai perunding bagi membebaskan dua anggotanya yang dijadikan tebusan oleh penduduk sebuah kampung.
Tindakan itu dikatakan dibuat atas permintaan penduduk berkenaan yang menuntut agar kejadian itu diberi liputan oleh media Malaysia kerana mereka dikatakan tidak mempercayai media tempatan dalam melaporkan situasi sebenar di wilayah itu.
Mereka sebelum itu dikatakan enggan berunding dengan tentera Thailand bagi membebaskan dua tebusan tersebut.
Bagaimanapun, kedua-dua tebusan itu dibunuh oleh penduduk kampung apabila pihak tentera Thai gagal menepati masa yang ditetapkan bagi membawa kumpulan wartawan Malaysia ke kampung berkenaan.
Najib berkata, wartawan Malaysia yang memasuki wilayah bergolak di selatan Thailand bagi membuat liputan perlu berhati-hati dengan tindakan mereka.
``Nasihat saya kepada media yang buat liputan, liputan secara biasa tidak apa tetapi kalau dibawa masuk dalam kancah pergolakan di sana, ia boleh mendatangkan bahaya kepada pihak media.
``Kedua, ia boleh timbulkan salah faham di peringkat pimpinan di negara Thailand. Jadi berhati-hati dululah. Kalau boleh elak daripada terlibat secara langsung dalam pertelingkahan di sana,'' tegas Najib.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home