Wednesday, May 18, 2005

BERSATU DAN MELAKUKAN PERIKATAN SATU KEWAJIPAN ISLAM

Allah Ta'la berfirman dalam surah Ali 'Imran,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوَاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ100

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (Ali-'Imran:100)

وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَى عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ وَمَن يَعْتَصِم بِاللّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ101

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (Ali 'Imran:101)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُون102

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Ali 'Imran:103)

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(Ali 'Imran:103)

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ104

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(Ali 'Imran:104)

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ105

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.(ali 'Imran:105)

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكْفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ106

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". (ali 'Imran:106)

وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ107

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.(Ali 'Imran:107)

Al-Hafiz as-Sayuti menaqalkan sejumlah riwayat yang menyatakan sbb turunnya ayat ini drpd sebahagian sahabat dan tabi'in dalam kitabnya "ad-Durr al-Manthur". Riwayat yg plg detail ialah riwayat yg dikeluarkan oleh Ibnu Ishak, Ibnu Jarir, ibnu Al-Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Abu as-Syeikh daripada Zaid bin Aslam, katanya:

Syas bin Qais (seorg tua yg lanjut usia pada zaman Jahiliyah, sgt kufur dan amat besar kebencian serta kedengkian kpd org Islam), dia telah melintasi sekmplan sahabat Rasulullah s.a.w yg terdiri drpd kaum Aus dan Khazraj di suatu majlis perhimpunan. Ketika itu mereka berbual-bual sesama mrk. Dia merasa marah melihat kemesraan, kesatuan dan baiknya hubungan mereka di atas dasar Islam sedangkan pada zmn jahiliyah mrk slg bermusuhan.

Dia berkata: Pemimpin Bani Qailah telah bergabung di negeri ini. Demi Allah, kami tidak dpt hdp tenang dgn mrk sekiranya pemimpin mrk bersatu.

Lantas dia menyuruh seorg pemuda Yahudi yang ada bersamanya: Pergilah menemui mrk dan duduk bersama mrk. Ingatkan mrk kpd peristiwa Bu'ath dan apa yg berlaku sblm itu. Pintalah mrk mendeklamasikan syair2 yg pernah mrk gubah tntg perang itu. Peristiwa Bu'ath adalah hari kaum Auz dan Khazraj berperang.

Maka pemuda itu melakukannya. Dia berbual2 mengenai peristiwa Bu'ath dgn org ramai sehinggakan berlaku pertelingkahan sehinga kata-mengata antara keduanya. Tampil dua lelaki dari kedua2 pihak, Aus bin Qaizhi, berasala dari Bani Harithah berketurunan Auz dan Jabar bin Sakhr, berasal daripada Bani Salamah berketurunan Khazraj.

Mereka berdua saling kata-mengata. Salah seorg berkata kpd tmnnya: Demi Allah, sekiranya kamu mahu, kami akan menebus kembali kekalahan dahulu. Kedua2 pihak merasa marah seraya berkata: Kami setuju. Bawakan senjata, bawakan senjata. Kita bertemu di az-Zohirah (sebuah kg).Mereka lantas menuju ke sana.

Berita tersebut sampai kpd Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersama kaum muhajirin yang ada bersamanya bergegas ke sana.

Baginda berkata: Wahai sekalian muslimin. Ya Allah! Ya Allah! Adakah seruan Jahiliyah dilaungkan sdgkan aku masih ada di kalangan kamu? Adakah setelah Allah memberikan kamu petunjuk untuk memeluk Islam; disebabkan Islam Dia memuliakan kamu, disebabkan Islam dia menghapuskan Jahiliyah drpd kamu, disbbkan Islam Dia menyelamatkan kamu drpd kekufuran dan disbbkan Islam Dia menyatukan hati kamu, adakah slps itu kamu ingin kembali semula kpd keadaan kamu yg kufur sblm ini?

Dengan itu mereka trsdr bahawa perkara itu adalah hasil godaan syaitan dan tipudaya musuh utk menghancurkan mereka.

Mereka lantas mencampakkan senjata, menangis dan saling berpelukan. Mereka bersurai bersama-sama Rasulullah s.a.w dengan penuh rasa kepatuhan dan ketaatan. Allah telah memadamkan tipu daya musuhNya, Sya bin qais. Allah menurunkan ayat berkenaan Syas dan perbuatannya;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَاللّهُ شَهِيدٌ عَلَى مَا تَعْمَلُونَ98

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"(Ali 'Imran:98)

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ مَنْ آمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنتُمْ شُهَدَاء وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ99

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.(Ali 'Imran:99)

Allah juga menurunkan ayat berkenaan Aus bin Qaizhi dan jabbar bin Sakr serta kaum mereka yg bersama-sama melakukan perbuatan tersebut. Refer (Ali 'Imran 100-1005)

Ayat-ayat Al-Quran yg mulia ini adalah seruan yg cukup kuat ke arah kesatuan kalimat dan kesatuan saf muslim berasaskan ISLAM. Ia mengandungi:

1. Amaran terhadapa tipudaya bukan muslim dan amaran supaya tidak mentaati bisikan-bisikan jahat mereka. ini kerana tipudaya hanya bermatlamatkan org-org Islam berpatah balik kpd jahiliyah dan kufur slps iman.

2. Kesatuan diungkapkan menggunakan kalimah Iman dan perpecahan pula menggunakan kalimah kufur. Maksud firman Allah يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ (mereka akan mengembalikan kamu menjadi org2 kafir sesudah kamu beriman) ialah menjadikan kamu berpecah belah dan bermusuhan slps kamu bersatu dan berukhuwah.

3. Semua org hndklah berpegang dengan tali Allah. Ia adalah asas kesatuan dan perhimpunan muslimin. berpegang dgn tali Allah bermaksud berpegang dgn agama ISLAM dan Al-Quran.

4. Peringatan terhadap nikmat ukhuwwah yang berlandaskan keimanan. Ini dilakuakn setelah terperangkap dlm permusuhan, kebencian dan peperangan jahiliyah. Nikmat UKHUWWAH adalah nikmat paling besar slps IMAN.

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ63

Dan Dialah yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Alah telah menyatu-padukan di aantara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Anfal:63)

5. Sesuatu umat tidak mampu disatukan berdasatkan sesuatu perkara sama seperi jika mereka memiliki tujuan hidup yg agung dan risalah yg mulia untk mereka perjuangkan. tidak ada objektif atau risalah yg lebih besar dan lebih tinggi bagi umat islam selain menyeru kpd kebaikan yg di bawa oleh Islam. Inilah rahsia firman Allah Ta'ala dalam susunan ayat di atas:
(Ali 'Imran:104)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home