Monday, September 13, 2010

pembohongan besarv media berkenaan negara haram palestin

10 pembohongan besar media berkenaan Negara Haram Israel
http://haluanpalestin.haluan.org.my


Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon,
mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong
kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram
Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon
telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media
Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis
Israel”.
Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:
1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi
kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua.
Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah
sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh
Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah
puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.
2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa
kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau
pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang
dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka
semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi.
Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap
di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.
Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang
ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin
adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan,
puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun
budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah
agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.
3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki
dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan
tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang
mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin
ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.
4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara
mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai
ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel
seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah
dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan
kekejaman.
5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya
negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus
dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.
Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan
undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang
tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan
sempadan negaranya.
Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi
denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini
tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan
yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara
tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel
adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada
keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti
ini membentuk sebuah demokrasi?
6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu
dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan
tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini
sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan
Israel.
Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya
membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di
wilayah tersebut.
7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian
antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan.
Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa
Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan
Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka
dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan
mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel
menyerang dahsyat bumi Gaza.
8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga
sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan
kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk
memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.
Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah
suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang
tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam,
dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang
berbeza.
9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan
keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh
tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan
polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu
keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik
mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.
10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan
konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk
akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.
Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat
menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika,
Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan
supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang
sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home