coretan suami yang menitiskan airmataku...
Aslmkm wm ikhwah dan akhawat yg ana kasihi,Alhmdllh, selepas hampir 3 minggu berulang-alik ke hospital, zaujah ana Norhafizah akhirnya dibenarkan keluar dari hospital dan telahpun pulang ke rumah kami di Segambut. Kami mendapat seorang ahli baru dlm keluarga, Khalid. Masih ada follow-up appointment utk zaujah dan Ibrahim namun bersyukur banyak perkara dipermudahkan. Ibrahim semakin ceria spt dulu, dan zaujah semakin kuat semangat walaupun masih tidak boleh berjalan (fracture pelvic), rabun mata kiri (selaput kornea koyak dan terpaksa dijahit) dan ditampal plate platinum di bahagian tulang dahi. InsyaAllah memakan masa utk kembali kuat 2-3 bulan.
Bila disorot kembali peristiwa 3 minggu lepas, memang benar2 satu ujian bagi kami sekeluarga. Zaujah yg sarat mengandung 8 bulan dan anak ana Ibrahim terlibat dlm kemalangan kereta secara head-on collision. Kereta Avanza dr arah bertentangan cuba memotong tetapi gagal, lantas bertembung dgn kereta Kia Sportage dinaiki zaujah, mak ayah mertua dan adik2 ipar. Langsung dibawa ke Hospital Sg. Buloh utk rawatan, zaujah operate di dahi dan mata, Ibrahim liver-bleeding dan transfer ke HKL, dan ahli keluarga yg lain luka2 lebam yg lain tapi discharge malam yg sama.
Dlm suasana pasrah ketika itu, Allah satu2nya tempat berharap. Dikurniakan kami ahli keluarga yg ramai yg sama2 mendoa, membantu dan berhirasah jaga malam di HKL dan Sg. Buloh. Dipertemukan kami dgn antum semua, ikhwah akhawat yg tidak putus2 mendoakan, menziarah, memberi kata2 semangat, membawakan ubat2/ makanan/ hadiah, menghulur sumbangan wang ringgit, mengorbankan masa utk menemani zaujah di hospital, dan lain-lain. Sejak dari malam pertama kemalangan sehinggalah ke hari ini, ahli keluarga dan antum semua terus mencurahkan doa, bantuan.
Kalau diikutkan, ingin ana terus mencoret panjang tentang suka duka sepanjang 3 minggu ini. Namun izinkan ana untuk meringkaskannya dengan kata2:
"Ikhwah dan Akhwat, Kami mencintaimu kerana Allah... Uhibbukum Fillah. Sesungguhnya lazat sungguh nikmat ukhuwah semasa berusrah dan berprogram, namun terasa lebih manis ukhuwah itu semasa dilanda ujian. Jazakallahukhairan Kathiran."
Ahmad Firdaus
Norhafizah
Ibrahim
Khalid

2 Comments:
salam
kak fiza.. terkejut mendengar berita ni..tetapi alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan kak fiz dah keluar hospital skrg..
moga tabah hadapi ujian insyaAllah..
jaga diri
AUF,
azi razak
waalaikumussalam..alhamdulillah..kak fiza dah semakin sihat..dah boleh berjalan sikit2..mata pun semakin sembuh dan makin jelas penglihatan.khalid pula semakin sihat..2 bulan = 5 kg weight dia..lahir dulu 2.2 kg shj..alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...
Post a Comment
<< Home