Thursday, November 06, 2008

akulah ghuraba itu


.......................galaman bekerja di M adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebagai tempat pertama aku bertatih dlm melayari kehidupan bekerja di dunia korporat..

Pengalaman ini memang melemahkan jiwaku..Menjadi orang asing yg sebenarnya tidak asing kerana dia menyedari bahawa seluruh alam semesta ini tunduk sujud kepada Allah yang Esa..Merekalah orang asing yang melihat aku begitu asing..Mungkin aku tidak pandai memakai skirt pendek dan menghisap rokok..atau berambut pendek lagi perang seperti Minah Saleh..Mereka memandang aku begitu asing..berjubah dan bertudung labuh adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh bosku, tapi seketari yang merokok dan staff lelaki dan perempuan yang merokok menjadi geng..dan bila mereka merokok bersama2..aku yang menjadi mangsa..mangsa umpatan itu dan ini..

Bile mereka keluar lunch, mereka suka mengumpat ..lalu aku mengasingkan diri kerana tidak mahu aku terlibat mendengar perihal buruk org lain, menambah dosa dan memberi pahalaku kepada org2 yang mengumpat diriku…Aku menjadi orang asing bagi mereka dan aku menjadi mangsa umpatan mereka..Aku kata ini dan itu..walhal, aku boleh mengira berapa patah perkataan yang keluar dari mulutku bila aku berada di ofis..keliru..pening..manusia yang pelbagai ragam..

Ubat kepada kepeninganku adalah kembali kepada Allah, zikrullah dan mengingatiNya..I need to please Allah more..

Ya Allah, berikan hidayah kepada mereka2 yang menzalimi diri ini..

1 Comments:

At 4:24 PM, Blogger azi razak said...

azi pun merasai pengalaman ini.. :(

moga kita sama2 kuat utk menempuhinya... :D

 

Post a Comment

<< Home