Wednesday, August 13, 2008

Saling menghargai




Fitrah manusia gembira apabila usahanya dihargai walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Ini akan memberikan kepuasan spiritual di dalam dirinya lalu membuatkan dirinya bersemangat untuk melakukan sesuatu tugasan. Apatah lagi hidup berumahtangga yang ditegakkan atas pengagihan tugasan suami isteri secara adil. Suami dengan tugasnya melindungi rumah tangga dan mencari nafkah sebagai sara hidup. Isteri pula bertindak sebagai tulang belakang suami dengan kerja-kerja rumah dan membahagiakan diri pasangannya. Justeru itu, keadaan ini sangat memerlukan setiap pasangan menghargai khidmat pasangan mereka. Kepada suami; apa salahnya tolong membasuh pinggan atau menyapu rumah. Sedikit sebanyak dapat meringankan kerja-kerja isteri. Memang ada suami yang turut membantu menyediakan juadah makanan. Bagusnya! Kepada isteri pula; rumah yang tersusun bersih sudah cukup menghilangkan kepenatan suami setelah seharian bekerja di luar rumah. Alangkah bagusnya jika kepulangan suami disambut dengan suara manja dan air sejuk sebagai penghilang dahaga. Ketahuilah bahawa semua itu adalah pahala di sisi Allah swt. Maka rebutlah ganjaran ini!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home