Monday, June 02, 2008

16 hari telah berlalu (updated version)






Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Telah 16 hari waktu meninggalkan kita dan menambah bilangan usia Si Kecil Ibrahim Adham..16 hari yang lalu juga aku merasai satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan..Pengalaman melahirkan seorang insan yang bakal memikul tanggingjawab besar menjadi Khalifah di muka bumiNya dan menjadi hamba kepada Yang Maha Kuasa.

Detik itu bermula awal pagi sekitar jam 2 pagi hingga 6 pagi..perut ku sekali sekala terasa sakit mungkin sejam sekali , tapi tidak ku endahkan kerana keletihan..Tidur ku teruskan walaupun sekali sekala terasa sakit yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu sakit apakah itu ..andaianku..mungkin baby bergerak aktif hingga sakit perut dan pinggang sebegitu rupa..

Azan subuh mengejutkan kami, akhi ke surau dan aku solat Subuh sendirian..Usai solat Subuh, Perut dan Pinggangku meragam lagi..kali ini kekerapannya makin kerap..sekitar sepuluh minit sekali..Tapi...perut lapar..teringin makan nasi goreng masakan suami seperti yang dijanjikan semalam..Janji si suami nak masakkan nasi goreng..Jadi janji dikata minta dikotakan oleh si bakal ibu yang mengidam nasi goreng masakan suami yang tercinta di saat-saat akhir fasa mengandung si ibu..

Sambil menahan sakit yang kekerapannya telah masuk ke 7 minit sekali..si suami mula memasak nasi goreng resipi istimewa utk si isteri..Dan si isteri duduk dan berjalan sekitar rumah serba tak kena..Sesekali membelek buku Baby pemberian ibu mertua utk double check tanda2 contraction..masih lagi tak pasti..bilakah masa yang sesuai utk ke hospital..Cek cek dalam buku..buku kata..apabila kekerapan sakit mencecah 10 minit setiap kali contraction dah kena pergi hosp...

"Abang, buku ni tulis every 10 minutes sakit dah kena pergi hosp...Sekarang dah 7 minit...Jomlah kita pergi hosp.." Si isteri.

"Jap-jap, abang dah siap masak, kita tapau jelah nasi goreng ni makan dalam kereta.." cadang si suami..

Dalam Kereta MYVI merah:

"Aduh sakitnya..Aduh.."ngerang si isteri.."Ok, dah hilang dah sakitnya..Nak nasi goreng..:-)"
Si isteri makan nasi goreng beberapa sudu sebelum contraction datang balik..Sempat lagi suapkan suami yang sedang fokus memandu utk ke PUSRAWI..alhamdulillah, jalan tak jam sbb hari itu hari Sabtu..hari cuti..Dalam lebih kurang 10 minit kami tiba ke PUSRAWI...2 kali contraction dan beberapa suap nasi goreng...

Dalam Labor Room,10.15 pagi, Bukaan 3 cm:

"Abang lapar? Makanlah nasi goreng tadi.." kata si isteri yang kadang-kala seperti manahan kesihatan..

Sempat lagi suami dan isteri makan nasi goreng di saat-saat akhir..

Tengah hari itu, doktor Habibah dan nurse datang membuat pemeriksaan..

Kata Doktor Bibah, "insyaAllah lagi 5 - 6 jam akan bersalin, doa banyak2 yer.."

Si isteri hanya tersenyum..Doa Nabi Yunus dalam perut ikan menjadi teman sepanjang penantian kelahiran seorang insan..

Dalam labor room hanya ada si suami dan si isteri yang sekali sekala mehahan sakit contraction..semakin lama sakit makin kuat dan semakin kerap..sekali sekala kelibat nurse datang menjenguk membuat pemeriksaan..Bila contraction datang, si isteri akan genggam besi katil kuat2..si suami di minta dok jauh sikit..takut mencederakan si suami..hehe..

Dalam jam 3.00 petang, doktor datang bersama nurse, katanya nak memecahkan air ketuban..insyaAllah bila air ketuban dah dipecahkan, akan mempercepatkan proses kelahiran..Nurse dah mulakal membuat persediaan utk bersalin..si isteri semakin
berdebar2..Tak tahu apa bakal berlaku..Dalam hati sentiasa berdoa moga Allah permudahkan segala urusan..

Sekitar jam 3.30 petang si isteri dah mula meneran..Si isteri meneran sekuat hati dengan sokongan suami, doktor Bibah dan Nurse..Alhamdulillah tepat jam 4.13 petang Ibrahim Adham Bin Ahmad Firdaus selamat dilahirkan..Tak dapat digambarkan kegembiraan dan kesyukuran yang dirasai..Hanya kalimah Hamdallah mampu ku lafazkan bila Doktor Bibah meletakkan Ibrahim yang masih berdarah di atas perutku..

Si suami terus melaungkan kalimah azan di telinga Ibrahim dan dia senyap tidak menangis mendengar kalimah Allah..

Kemudian barulah nurse ambil Ibrahim utk dibersihkan dan dihantar semula kepangkuan ibu bapanya utk disusukan..

Si isteri sempat menyusukan Ibrahim selama hampir satu jam sebelum nurse datang membuat pemeriksaan..

Sedang Nurse membuat pemeriksaan, Nurse mula perasan yang pendarahai tidak berhenti berlaku..Doktor Bibah dipanggil semula..

Pemeriksaan lebih teliti dijalankan..Aku semakin berdebar..Ibrahim telah di bawa nurse ke tempat lain dan si isteri semakin berdebar2..doktor kata kemungkinan si isteri perlu menjalani minor surgery..untuk menjahit luka di dalam..

Bilik Bedah, 7.45 mlm:

Aku semakin berdebar2..Inilah kali pertama aku ke bilik bedah..Aku bertawassul dengan segala kebaikanku mohon Allah permudahkan segala urusan..Aku di bius..

Alhamdulillah 1 jam setengah di Bilik Bedah..Kemudian aku di hantar ke wad..semuanya telah dipermudahkan..si ibu dan si anak selamat..ALHAMDULILLAH..

2 Comments:

At 6:47 PM, Anonymous Anonymous said...

salam..hihi klaka laa kak fizah ni..haha..sempat lagi tu makan nasi goreng istimewa.. =P tahniah atas kelahiran mujahid pertama =)

 
At 9:47 AM, Anonymous Anonymous said...

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

Tahniah atas kelahiran Ibrahim. Moga lebih laju lagi dalam dakwah.

 

Post a Comment

<< Home