Wednesday, November 14, 2007

pengalaman mengandung anak sulung

Assalamualaikum..

lama sudah tangan ini tidak memberikan coretannya dalam blog ini.tak pasti masih ada ke yang sudi singgah ke blog hambar ini..sunyi tanpa berita..mungkin kena lebih bersemangat menulis dan menyampaikan sebagai perkongsian cerita dan pengalaman di samping mengutip pengajaran dari bait-bait kehidupan yang semakin mencabar dirasakan..Sungguh, kehidupan ini umpama sebuah pengembaraan mengejar redha Illahi..

3 bulan menyepi dan berada dalam dunia yang sgt kecil..rasa diri ini sangat kerdil dan lemah..hilang kekuatan..apabila diri ini begitu lemah menghadapi cabaran mengandung anak pertama..Inilah yang dikatakan ujian ..

Teringat kata-kata seorang ukhti Suya,

"fiza, Allah tahu enti boleh menanggung ujian ini, jika tidak Dia tidak akan memilih enti untuk diuji.."

Sering kali kata-kata ini disampaikan kepada ku tiap kali aku lemah apabila di uji..Kepada Allah aku memohon kekuatan dan kepadanya jua aku memohon kesihatan yang baik..

Pengalamanku bermula pada minggu kedua Ramadhan apabila diri ini sering muntah-muntah..Sepanjang Ramadhan boleh dikatakan seharian aku akan muntah..hatta, apabila minum air pun akan keluar semula..Tiada apa yang boleh membolosi perut ini..Kasihan pada baby kat dalam perut..Keadaan berlanjutan..Pada mulanya ku gagahi diri untuk pergi bekerja..Tapi tiada apa yang dapat aku lakukan sepanjang office hour melainkan berlari ke toilet atau surau untuk muntah..pernah sekali diri ini tak dapat tertahan lagi lalu aku telah termuntah di karpet baru kat office..Akhirnya, minggu terakhir Ramadhan diri ini sudah tak tertahan lagi menanggung kelaparan dan dahaga..kadang-kala terlantar sendirian di rumah apabila berpeluang dapat MC dari doktor..Saat2 begini, waktu bersendirian adalah waktu yang paling perit dan menyedihkan..Akhirnya, ku suarakan juga hasrat hati untuk ke hospital kerana tak tertahan menanggung gastrik..

minggu terakhir Ramadhan ku habiskan di PUSRAWI..kena masuk air..Ku tabahkan hati..Kata orang kalau mengandung payah, insyaAllah Allah permudahkan waktu bersalin..harapnya begitulah..Alhamdulillah, kedatangan akhawat malam itu sedikit sebanyak menceriakan hati..Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi menjenguk diri ini..Ketika itu, beratku tinggal 44 kg sahaja daripada 51 kg..hanya dalam masa 3 minggu..

minggu pertama raya, keadaan nampak semakin baik..Diri ini boleh makan dgn bantuan ubat tahan muntah dari doktor..tapi lama kelamaan badan semakin immune dgn ubat tahan muntah tu..ianya semakin tidak berkesan..Aku kembali muntah2..nak ke mana2 perlu bawa plastik..Pernah sekali suamiku belanja makan seafood..balik rumah semuanya keluar kembali..tak sempat nak berlari ke toilet, termuntah di atas lantai lalu jatuh tergelincir..rasa seperti mahu menangis tapi digagahi diri ini utk tidak menangis..esoknya ke klinik utk cek keadaan kandungan..alhamdulillah, bayi masih dalam keadaan baik..kena lebih berhati2 next time..so, lepas tu, kalau nak ke mana2 kena lah bawa plastik..

Kini, semuanya sudah semakin berakhir..Aku kena menjadi lebih kuat..kandungan pun dah mencecah 3 bulan..doktor kata, biasanya alahan biasa berlaku sehingga 12 minggu..harapnya selepas ini, aku mampu menjadi lebih kuat..supaya baby kat dalam perut ni pun akan jadi lebih kuat bila keluar menghadapi cabaran dunia yang fana ini kelak..ameen..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home