mujahadah
saat ini mujahadah sangat penting untuk diri ana..kalau dulu ana adalah orang yang paling mudah pergi program sebab duduk jauh dengan keluarga dan maih student dan berstatus single..tapi kini rasa agak sukar untuk keluar kerna Allah anugerahkan sebuah keluarga baru untuk ana..Duduk dengan keluarga besar..memang merupakan satu pengalaman baru untuk diri yang sejal Tingkatan saatu lagi dah duduk berjauhan dengan keluarga..kemudian ke OZ..kemudian ke UKM..jadi untuk ke program memang sangta mudah...kalau dulu selalu orang yang kita ajak akan beri alasan tak dapat keluar kerana ada hal keluarga..mak tak kasi..kena hantar adik..kena jaga adik..kena masak..kena kemas rumah..kena itu dan ini jadi alasan..jauh di sudut hati ana pada ketika itu..sering merasakan betapa diri ini beruntung kerna dapat terbang bebas ke sana ke mari mencari "tarbiyah" untuk hati yang ingin berjuang ini..Namun kini, Allah beri peluang untuk merasakan sendiri bagaimana rasanya hidup dengan keluarga sendiri..punya tanggungjawab untuk menjaga hati semua orang dalam keluarga..perlu buat yang terbaik..Jauh di sudut hati, sering berdoa agar apa yang diri ini lakukan (masak, basuh baju, basuh pinggan etc) adalah kerana Allah S.W.T..Moga dengan niat yang di pasak awal itu dapat mengalirkan pahala yang bercucuran...Moga kesabaran yang cuba di semai dalam hati dapat membuahkan pahala-pahala yang ranum untuk bekalan di sana nanti..
Mungkin pada awalnya terasa pahit..tapi kini semakin manis..mula belajar untuk melihat semua perkara daripada perspektif yang positif..melalui fasa induksi dalam keluarga baru...bercucuran air mata menjana ketabahan dan akhirnya, pasti Allah akan mencampakkan kemanisan bila iman di jana di dalam hati..Sungguh, kemanisan semakin dirasai bila melihat ayah mertua mengambil wuduk..bila melihat bapa-bapa saudara solat berjemaah di ruang tamu dan aku...dan ibu mertua menjadi makmum di belakang..satu pengalaman yang sangat aku hargai..Manis, bila melintasi bilik ayah dan mendengar alunan bacaan quran ayah sayup2..manis dan menyentuh hati yang telah lama rindu akan suasana itu..Aku semakin mula belajar melihat semuanya dengan pandangan yang lebih positif..Alhamdulillah...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home