warkah utk pemilik DAH 973
apa kbr uncle? harap sihat.Saya nak beritahu uncle, kereta DAH 973 terlibat dlm satu kemalangan jalan raya melanggar seorang polis yang sedang menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke walimah kak Amy dan Kamal.
Alhamdulillah penumpang DAH 973 yang berjumlah 5 org sahabat termasuk saya sebagai pemandu selamat.Yang cedera, polis yg sedang bonceng motosikal tersebut dan DAH 973 ( kedua-dua mangsa hanya mendapat kecederaan luar sahaja..alhamdulillah)
DAH 973 telah dihantar ke workshop kelmarin utk mendapatkan rawatan lanjut di unit pesakit luar dimana BUMPER depan telah ditukar baru, signal kanan juga telah ditukar baru serta pintu kanan beserta penutup enjin (tak tahu apa nama dia) juga telah di ketuk daripada keremukan tahap kedua. Bahagian2 seperti yang disebutkan tadi telah di cat semula..DAH 973 telah keluar workshop petang semalam dgn kos berjumlah RM 580.
Mangsa kedua iaitu saudara Azlisham polis cawangan BAndar Tun Razak yang baru pulang dari kerja hanya di rawat sebagai pesakit luar di HUKL. kecederaan di kaki kanan dan luka di tangan.
Setelah membuat laporan polis, Cik Kifana telah dikenakan compound kerana tidak berhati-hati ketika membelok ke kanan utk masuk ke BP sebelah kiri di mana mengikut seksyen 2 (1) Akta Undang-undang Jalan Raya(main letak je seksyen ni..hehe), kecuaian akan diletakkan ke atas mereka yang ingin membelok ke kanan dan melintas jalan di sebelah kiri walaupun motosikal tersebut membawa dgn sangatt laju..Pemandu harus memastikan jalan sebelah sana clear dulu baru melintas jalan tersebut. Sarjan Lau telah memutuskan, Cik Kifana sebagai bersalah kerana kecuaiannya dalam memandu sehingga menyebabkan kecederaan seorg polis yang baru pulang bertugas. Compound sebanyak RM150 telah dikenakan ke atas beliau.
Alhamdulillah, sahabat-sahabat telah bersetuju untuk bersama-sama membayar rawatan kecederaan DAH 973 dan compoun tersebut.. Kemalangan yang melibatkan 5 org sahabat baik ini telah mendapat liputan luas sehingga ramailah yang ingin menyumbang utk byrkan compound etc..alhamdulillah..Moga Allah merahmati dan memberkati niat baik mereka..
Biro Ekonomi UZM juga akan mempergiatkan lagi aktiviti menjual makanan di kolej2 di UZM utk meningkatkan tabung kecemasan, insyaAllah..Produk terbaru kami insyaAllah, nugget ayam dan yong tau fu selain produk2 lama seperti kerepek pisang, ubi etc..
Sekian sahaja laporan daripa saya di sini...Moga uncle tak susah hati..maaf sebab mencederakan DAH 973, telah di taqdirkan terlibat dalam kemalangan dengan seorang polis...ni first accident saya..Trauma sampai demam..huhu..tgh demam skang ni..doakan saya..
sampaikan salam saya pada sahabat2 di sana..
kifana
computer lab uzm

0 Comments:
Post a Comment
<< Home