Tsunami, azab Allah dan peringatan utk kita...
Sekali lagi kita dikejutkan dengan satu peringatan dari Allah kepada hamba-hambanya yang berfikir..Sungguh al-quran itu merupakan satu mukjizat yang maha agung dan berkekalan sepanjang zaman..Didalamnya terdapat peringatan yang sentiasa berulang-ulang. Seperti kisah kaum nabi shuaib yang dilanda azab Allah apabila mereka berpaling daripada seruan nabi shuaib. Azab Allah yang tak ubah seperti kejadian gempa-bumi dan tsunami yang melanda asia..(55:13)فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (55:13)
Adakah manusia telah leka??leka dengan nikmat dunia sehingga mereka menjadi lalai.Sungguh apabila dunia menguasai hati manusia, manusia akan tengelam dalam kelalaian ..Lupa akan tanggungjawab kita dalam mengabdikan diri kepada Allah, lupa akan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..Lupa..lupa dan terus lupa..sehinggalah datang azab ALlah untuk memperingatkan manusia yang sering lupa..Al-quran sering mengingatkan agar kita selalu berfikir dan tidak mendustakan nikmat yang Allah bagi.Nikmat Iman dan Islam, nikmat alam yang indah, nikmat kesihatan, nikmat keluarga, hatta nikmat kemewahan sehinggakan nikmat sebuah negara yang "kononnya" bebas daripada bencana alam seperti gempa-bumi dan puting beliung..Tapi atas kehendak Allah yang MAHA KUASA, sebuah negara yang bebas dari lingkaran gunung berapi, bebas dari gegaran gempa bumi akhirnya bergegar juga dek tempias kekuasaanNya..semuanya atas kekuasaan Allah..Tak terfikirkah kita bahawa itu baru tempias atau rembesan daripada peringatan yang sebenar..Tapi masih ada lagi manusia yang malas berfikir..malah lebih teruk lagi tidak mahu berfikir!!
Renungkanlah ayat-ayat di bawah..Al-quran telah memberi peringatan kepada kita..Peringatan daripada Allah.utk kita sama-sama duduk dan berfikir serta memuhasabah diri kita..insyaAllah..
قَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُواْ مِن قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَكَ مِن
قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ88
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini atau kamu berpindah kepada agama kami. Nabi Syuaib menjawab: Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? (Al-A'raf:88)
قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللّهِ كَذِبًا إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُم بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللّهُ مِنْهَا وَمَا يَكُونُ لَنَا أَن نَّعُودَ فِيهَا إِلاَّ أَن يَشَاء اللّهُ رَبُّنَا وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ 89
Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim. (7:89)
وَقَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوْمِهِ لَئِنِ اتَّبَعْتُمْ شُعَيْباً إِنَّكُمْ إِذاً لَّخَاسِرُونَ90
Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi. (7:90)
91فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُواْ فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. (7:91)
الَّذِينَ كَذَّبُواْ شُعَيْبًا كَأَن لَّمْ يَغْنَوْاْ فِيهَا الَّذِينَ كَذَّبُواْ شُعَيْبًا كَانُواْ هُمُ الْخَاسِرِينَ92
Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.(7:92)
فَتَوَلَّى عَنْهُمْ وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالاَتِ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ فَكَيْفَ آسَى عَلَى قَوْمٍ كَافِرِينَ93
Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu). (7:93)
Ayat 93 membuatkan ana tertanya-tanya dan sekaligus mengharapkan agar sidang pembaca sama-sama memikirkan ..sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab kita dalam menegakkan manhaj Illahi??Hanya dengan manhaj ciptaan Allah sahaja dunia ini dapat di tadbir dengan sebaiknya..Sesuai dengan fitrah manusia dan alam..
Bala, azab dan peringatan Allah itu berlaku sahari selepas krismas apabila org2 kafir mengatakan bahawa Allah mempunyai anak..Sama seperti kejadian ribut grek yang melanda Sabah suatu ketika dahulu..bila manusia tengelam dalam kemabukan nafsu, berpesta sehingga mendustakan nikmat2 Allah..Allah menghantar bala-tentera berupa ribut seolah-olah langit hampir pecah memusnahkan mereka-mereka yang dalam kelalaian dan hawa nafsu...Kejadian ribut grek itu juga berlaku sehari selepas krismas..adakah ianya satu kebetulan??TIDAK..KEBETULAN ADALAH BERCANGGAH DENGAN AQIDAH KITA..Semuanya telah ditaqdirkan oleh Allah..Dan Dia maha mengetahui atas segala sesuatu..
88وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا
Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. (19:88)
لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا89
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! (19:89)
Betapa Allah marah dengan dakwaan org2 kafir itu ..sehinggakan....
تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا90
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. (19:90)
أَن دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا91
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (19:91)
وَمَا يَنبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا92
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. (19:92)
إِن كُلُّ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا93
Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba (19:93)
Kita adalah hamba kepada Allah..Tetapi manusia tidak memikirkan hal itu..manusia tengelam dan leka dalam nikmat-nikmat dunia..dan tengelam dalam hawa nafsu sendiri sehingga mengatakan bahawa Allah mempunyai anak..semua itu datangnya daripada pemikiran dan akal manusia yang terbatas ruang lingkupnya..
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita..Allah telah mencampakkan peringatan buat diri ini..moga kita tergolong dalam golongan manusia yang mendapat syafaat Allah..Seperti ayat dibawah;
87لَا يَمْلِكُونَ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنِ اتَّخَذَ عِندَ الرَّحْمَنِ عَهْدًا
Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!. (19:87)
Hanya iman dan amal soleh yang dapat menyelamatkan kita, insyaAllah..
wallahuallam ...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home